CIPTAAN ATAS DASAR KASIH SAYANG
(Fikrah Bangi: 383),
BBB:
25 Safar 1441H. = 26 Oktober 2019M. (Sabtu).
Seorang ketua keluarga seperti bapa berusaha
bagi menyediakan kediaman bagi isteri dan anak-anak selesa yang mungkin
berdasarkan kemampuan. Jika dapat dipilih tapak biarlah tapak yang luas di
pinggir bukit yang dapat dibangunkan bangunan banglo yang sederhana besar,
lengkap dengan bilik-bilik bagi setiap ahli keluarga. Di dalamnya lengkap
dengan keperluan-keperluan selain dari bilik-bilik peribadi, mempunyai bilik
study, bilik ibadat, ruang tamu yang selesa dan mempunyai perabut yang lengkap
dihiasi.
Pada bahagian luar mempunyai ruang yang
luas untuk taman dan ruang untuk bercucuk tanam dan menanam pokok-pokok
buah-buahan. Ruang di laman cukup untuk parkir bagi keluarga dan tamu-tanu yang
berkunjung. Idealnya rumah biarlah tidak jauh dari kawasan masjid untuk
kemudahan berulang alik untuk beribadat. Rumah juga sebaiknya berdekatan dengan
sekolah-sekolah bagi memudahkan anak-anak cuci untuk bersekolah. Kelilingan
pula sedapatnya di kelilingi keluarga yang mempuynyai hubungan kejiranan yang
baik. Ianya merupakan faktor keselamatan dan hubungan sosial yang baik.
Bagi mendirikan rumah idaman sedemikian
tentulah memerlukan peruntukan yang besar dan memakan masa. Bagi membina
bangunan memakan masa antara setahun atau lebih sehingga ianya layak diduduki. Binaan yang sedemikian
rupa dibangunkan adalah sebagai pertanda
kasih sayang seorang bapa terhadap keluarganya, agar mereka dapat hidup di
dalam keadaan yang selamat sejahtera dan aman damai.
Bumi adalah rumah bagi kediaman umat manusia. Sebagaimana
disebut bahawa ianya dicipta bukan secara main-main, bukan secara
kebetulan atau bukan paksaan. Tetapi
adalah atas dasar Kasih Sayang Pencipta terhadap terutama manusia yang
diunggulkan sebagai Khalifah di bumi ini. Ia juga adalah manifestasi Kekuasaan
Allah menurut ilmu dan iradatNya.
Beranalogi kepada pembinaan rumah di
atas, walaupun Allah berkuasa untuk
mewujudkan bumi dan cakerawala dalam
masa sesingkat yang dikehendakinya, tetapi bagi kesesuaian, keselesaan dan
keselamatan manusia pengwujudan bumi dan sekalian alam buana ini adalah
bertahap dan memakan masa. Di dalam Al-Qur`an difirmankan bahawa Allah mencipta langit-langit dan bumi dalam
tempoh enam hari. Konsep hari yang disebutkan adalah berlainan dari konsep hari
dalam kehidupan manusia di dunia. Setiap harinya mungkin melibatkan jutaan
tahun dalam kiraan hari biasa. Ini semua bagi menyediakan kese suaian tempat
bagi manusia menghuninya.
Adalah dijangka sebagaimana diisyaratkan
oleh Al-Qur`an, bahawa kejadian bumi dan cakerawala adalah bernula dari air dan
himpunan ges. Pada permulaan dari himpunan ges ini berlaku letupan yang
diibaratkan sebagai `Big bang !` Darinya terhambur partikal-partikal ke ruang
yang luas yang setiap satunya membeku dan membentuk ruang yang antaranya
membentuk bumi, planet-planet dan segala gugusan-gugusan bintang dan segala
kandungan di dalam cakerawala ini. Proses membentuk ruang seperti bumi dan
lain-lain memakan masa yang lama. Ianya pada peringkat permulaan sebagai objek
yang panas dan memakan masa untuk sejuk yang melayakkannya untuk ditumbuhi
berbagai-bagai tumbuhan dan hidupan awal yang bersesuaian. Ianya memakan masa
ratusan juta tahun. Semua objek ini adalah terapung dalam ruang angkasa yang
tak terpermenai luas dan jauh batasanya.
Allah jua yang mengetahui tentang hakikat
setiap kejadian dan keluasan serta tempoh masa yang diambil.
Ini semua adalah merupakan peringkat
permulaan bagi menyediakan tapak permulaan bagi bumi . Diibaratkan bagi membina
rumah di atas. Ianya adalah merupakan peringkat permulaan menyediakan tapak dalam
mana permukaan tapak perumahan dirataklan dan dibiarkan supaya mantap sebelum
tindakan pengkuran bagi binaan dilakukan.
Ciptaan bumi dan sekalian alam sebagaimana
penyediaan tapak bagi rumah kediaman adalah dari rasa cinta dan kasih sayang, manakala
segala keperluan yang disediakan adalah bagi Keselamatan,terutama bagi penghuninya
– manusia sebagai Khalifah di bumi..
Sekian.
No comments:
Post a Comment