SEDIH UTUSAN MELAYU HENTI PENERBITAN
(Fikrah Bangi: 370.
BBB: 11 Safar 1441H. = 10 Oktober 2019M.
(Khamis).
Dalam penerbitan terakhir Utusan Malaysia semalam
(Rabu 9 Oktober 2019) tidak ada sebarang berita bahawa akhbar itu akan
menghentikan operasinya pada hari ini. Format dan kandungannya masih biasa
dengan tajuk utama pada halaman pertama `Ganjaran Pemandu Berhemah` yang menjadi
berita utama juga bagi akhbar-akhbar lain.
Berita tentang akan berakhirnya operasi Utusan
Melayu sama ada semalam atau pada hari ini dilaporkan oleh TV Saluran 501. Ternyata pengakhiran operasinya
berlaku sejak semalam. Penulis dan mungkin pembaca-pembaca Utusan dan orang
ramai turut merasa sedih di atas penutupan Utusan Melayu termasuk Kosmo. Sidang
akhbar rasmi terakhir dilakukan oleh Pengarah Urusan terakhirnya Datuk Abd. Aziz bin Sheikh Fadzir.
Akhbar Utusan Melayu adalah akhbar Melayu
tertua diterbitkan sejak 1939 yang syarikatnya ditubuhkan sejak 1938. Pengarah
pertamanya ialah Yusuf Ishak yang menjadi Presiden Singapura pertama.
Menurut Datuk Abd. Aziz, Syarikat berusaha
menyelamatkan operasi Utusan, antaranya dengan menjual aset-aset, menaikkan
harga akhbar, tetapi pendapatan yang disasarkan tidak dapat mengatasi kos
operasi. Tidak ada jalan lain daripada menghentikan operasi dengan keptusan
dipersetujui bahawa pemiutang dari
pekerja-pekerja dengan sukarela menghapuskan tuntutan bayaran gaji yang
sebelumnya tidak dapat dibayar menurut tarikh sebenarnya. Seramai 862
kakitangan hilang punca pendapatan. Menurut Tan Sri Johan Ja`far Bekas Ketua
Pengarang Utusan, kebajikan pekerja patut diberi perhatian. Namun menurut Datuk
Abd. Aziz bahawa Utusan selepas ini akan menghadapi tindakan mahkamah dari berbagai pihak yang
mempunyai hutang yang bakal dituntut. Pihak Utusan telah melantik Firma KHY
Advisory. Kuala Lumpur bagi urusan.
Menurut Datuk Abdul Aziz Utusan mulai
menghadapi masalah bermula dari bulan Mei 2018. Kalau kita ingat bahawa pada 9
Mei 2018 inilah Kerajaan Barisan Nasional
mulai tumbang dikalahkan oleh Pakatan Harapan. Utusan adalah pendukng
bagi kerajaan BN dan suara sokongan ini dapat dihayati ddukung Utusan sehingga
ke akhir operasinya. Jelaslah bahawa akhbar yang menyuarakan pendapat
pemerintah BN, khussusnya Umno, tidak dapat bertahan dengan kekalahan BN. Dalam
kata lain Utusan hilang pendukung utamanya dari kerajaan yang memerintah
sebelum PH. Dengan kekalahan BN Utusan hilang punca pendapatan, terutama dari iklan-iklan dari pengiklan-pengiklan yang berpihak kepada
kerajaan. Umno dan BN kini hilang pendukung dan lidah utamanya. Atasan episod
yang berlaku kita sama merasa dukacita.
Utusan pada hakikatnya adalah pembawa ubur
hati nurani Melayu – namanya sendiri membawa nama Melayu – Utusan Melayu. Sudah
tentulah ini merupakan pukulan bagi yang memperjuangkan `Maruah Melayu`,
bahkan tlisan Jawi, yang penerbitan
Utusan sehingga tahun 1980an terutama
Utusan Zaman adalah di dalam tulisan Jawi.
Dilihat dari satu segi nama Melayu makin
terhakis dari Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia, akhbar Utusan Melayu
bertukar Utusan Malaysia, tulisan Melayu (Jawi) kepada rumi (1966) dan beberapa
istilah Melayu lagi terhakis.
Dari pembicaraan di atas memperlihatkan betapa
rapuhnya Melayu, dari kuasa yang memerintah yang Melayu sebagai majoriti,
tumbang dalam pilihanbraya yang membawa sama terkuburnya Utusan Melayu. Adalah diharapkan dengan berakhirnya Utusan
Melayu semangatnya tidak terhapus, sebaliknya akan bangkit pendukung-pendukung
yang mau mempertahankan Maruah Melayu memberi suntikan dan pendekatan yang
terus memperkasakan imej dan maruah
Melayu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment