HARI
PERISTIWA TERTENTU
(Firah Bangi: 365),
BBB: 05 Safar 1441H. = 043 Oktober 2019M.
(Juma`at).
Selain daripada sambutan yang bersifat
perayaan,terdapat sambutan-sambutan yang
bersifat peristiwa. Antara sambutan yang bersifat peristiwa ini ada yang
bersifat agama dan ada yang bersifat tempatan
dan semasa.
Antara yang bersifat peristiwa yang berkait
dengan keagamaan ialah seperti sambutan Maulid al-Rasul, iaitu sempena
kelahiran Nabi s.a.w. Kelahiran Rasulullah dianggap penting, kerana dengan
kelahiran Baginda pada 12 Rabi`ul-Awwal, maka rahmat dengan Baginda diutus ke
alam ini membawa ajaran Islam menjadi
rahmat kepada sekalian alam. Tarikh kelahiran Baginda disambut dengan beberapa
kegiatan seperti forum, seminar, solawat barzanji dan berbagai lagi. Antaranya
dengan mengadakan perakan. Hari Maulid Nabi adalah merupakan hari cuti umum.
Hari peristiwa tertentu yang bersifat keagamaan
juga ialah sambutan Nuzul al-Qur`an yang
disambut pada 17 Ramadhan yang juga dijadikan hari cuti umum. Sambutan Nuzul
al-Qur`an, kerana dengan Nuzul al-Qur`an maka melalui kitab Sucial-Qur`an
menjadi panduan bagi umat Islam
Berhubung dengan peristiwa juga, ialah Hari
Kelahiran Duli Yang Mulia Yang Di Pertuan Agung adalah merupakan Hari Peristiwa
yang disambut pada peringkat negara, sesuai Baginda adalah sebagai Ketua
Negara. Berbagai upacara diadakan seperti pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran
terhadap mereka yang berjasa kepada negara, jamuan-jamuan dan berbagai lagi.
Sambutan yang bersifat peristiwa juga dilakukan pada hari- keputeraan Raja-Raja
Melayu. Sambutan berlaku bagi setiap negeri bagi raja negeri berkenaan.
Cuti bersifat pereistiwa juga berlaku dengan berlaku satu satu peristiwa
yang menggembirakan bagi sesebuah negari, sebagai contoh kemenangan sesebuah
pasukan bola sepak bagi sesebuah negeri pada peringkat kebangsaan. Misalnya
Johor berjaya menjadi Johan piala Malaysia, maka di atas kejayaan ini
diiisytiharkan cuti umum sehari keesokan
harinya. Ia menandakan kegembiraan bagi negeri berkenaan kerana
kemenangan pasukan negeri itu.
Di samping kegembiraan ada pula cuti yang
diberikan, bila berlakunya kematian taja
atau pimpinan pada peringkat tertinggi. Dengan demikian semua pihak berkabung
turut melahirkan dukacita.
Cuti peristiwa yang di luar jangka berlaku
pada peringkat negara dan negeri apabila berlaku ancamman bahaya terhadap rakyat. Misalnya
pada bulan September dan Oktober tahun 2019 ini berlaku peristiwa jerubu yang
mengancam kesihatan penduduk. Jerubu adalah diakibatkan oleh pembakaran terbuka
penduduk sama ada tempatan atau dari luar. Pembakaran terbuka bagi pembersihan
ladang atau hutan di Riau Indonesia dan juga Kalimantan dalam bulan September
baru-baru ini mengancam kesihatan terutama murid-murid sekolah. Jerubu yang
melebihi 150 dianggap tidak sihat, 200
adalah berbahaya,i lebih dari 200 hingga
250 amat berbahaya dan jika melebihi 300 adalah darurat.. Lantaran itu,
pada bulan September berkenaan paras jerubu
melebihi 200 menyebabkan sekolah-sekolah terpaksa ditutup,maka beratus ribu pelajar terganggu pelajaran dan
kesihatan. Kesalahan dikenalpasti dilakukan oleh pemilik-pemilik ladang kelapa
sawit yang mengambil jalan mudah bagi melupuskan polok-polok yang tidak
dikehendaki dengan melakukan pembakaran tanpa mengambil kira keselamatan orang
ramai. Perkara seperti ini berlaku setiap tahun pada musim kemarau
mengakibatkan jerubu, Tindakan tegas dan keras perlu dilakukan terutama oleh
Kerajaan Indonesia agar ancaman jerubu tidak berulang berlaku. Mulai bulan
Oktober hujan mulai turun dan jerubu
mulai berkurang. Ancaman jerubu mesti dihapuskan.
Demikianlah ada peristiwa gembira diraikan
dan ada peristiwa duka yang mengancam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment