October 8, 2019

POLITIK LEBIH MEMECAHBELAHKAN MELAYU ?


POLIUTIK LEBIH MEMECAHBELAHKAN MELAYU ?
(Fikrah Bangi: 368),
BBB:  09 Safar 1441H. = 08 Oktober 2019M. (Selasa).
Di dalam membicarakan tentang maruah Melayu, banyak faktor yang menyebabkan maruah Melayu tercabar, bahkan melemahkan. Salah satu faktor yang melemahkan maruah Melayu ialah  politik. Pol;itik pada dasarnya menjadi salah satu mekanisme yang menyatukan, tetapi sering pula melemahkan maruah Melayu. Sebagai contohnya maruah Melayu kini, sehingga tercetusnya keinsafan, perlu diperkasakan kembali maruah Melayu di negara ini.
Politik boleh menyatupadukan Melayu dan memartabatkan maruah Melayu, jika ianya timbul dari keinsafan dan keikhlasan perjuangan, tetapi sering pula menjadi unsur pemecah dan melemahkan apabila ianya diasaskan berdasarkan kepentingan peribadi dan menuntut bela  di atas apa yang berlaku pada peribadi berkenaan.
Faktor perjangan di atas keinsafan dan berpegang pada prinsip yang kukuh, maka ianya menghasilkan perpaduan lantaran ianya dilihat sebagai perjuangan yang benar berkepentingan rakyat dan bukan atas dasar kepentingan peribadi. Contoh memperjuangkan kemerdekaan tanah air dari penjajahan British.
Dato` Onn dan Tunku Abdul Rahman disokong didalam memimpin Umno bagi memperjuangkan kemerdekaan. Apabila Dato` Onn keluar dari Umno menubuhkan parti Negara, rakyat tidak menyokong Dato` Onn, kerana ianya dilihat tidak lagi berjuang bagi kepentingan Melayu. Umno terus hidup kerana memerjuangkan kepentingan orang Melayu di samping kepentingan rakyat keseluruhan. Pas  juga dilihat mempunyai perjangan yang berprinsip Islam, ianya dicetus permulaan di Gunung Semanggol oleh pemimpinm awal Ustas Abu Bakar al-Baqir, bila  Hizbul Muslimin diharamkan oleh British ianya diteruskan oleh pemimpin pelapis di atas nama Pas seperti Dr. Burhanuddin Hilmi dan pemimpin-pemimpin lain. Pas sebagai parti tertua di negara ini (1946) terus kekal bersama Umno berjuang bagi kepentingan Melayu dan Islam.
Selepas itu lahir beberapa parti yang tertubuh akibat dari konflik peribadi sebagai contohnya  Berjasa dipimpim Muhammad Nasir kerana konflik pribadi dengan kepimpinan Pas sejak 1980an, parti lebih bersifat tempatan – di Kelantan dan parti yang tidak kukuh dari ideologi dan ditubuh berasal dari konflik peribadi tidak kekal kukuh dan hilang sokongan  dalam masa yang singkat.
Parti yang ditubuh kerana konflik peribadi ialah Semangat 46 yang dipimpin Tengku Ghazali setelah tidak berjaya merebut jawatan Presiden Umno yang dimenangi Dr. Mahathir awal 1980an,  Semangat 46 hidup seketika didukung  olehj pengikut-pengikut yang berpihak kepada Tengku Ghazali, tetapi kerana perjuangan tidak kukuh, maka dalam masa sekejap parti itu berkubur. Walau bagaimana konflik-konflik yang timbul sehingga 1980, walaupun berlaku perpecahan, tidak sampai menmggugat maruah Melayu.
Maruah Melayu mulai tergugat dan Melayu tidak lagi solid dari segi kewibawaan, ialah akibat konflik yang berlaku antara Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri. Konflik menyebabkan Anwar dipecat dan seterusnya berada di dalam tahanan dan Wan Azizah – isterinya menubuhkan PKR (1999), maka suara Melayu mulai berpecah antara Umno dan Pakatan Rakyat yang Pas berada pada pihak Pakatan Rakyat yang bekerjasama dengan Dap. Kekalahan BN di beberapa negeri seperti di di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Perak mencerminkan bahawa kuasa Melayu berpecah.
Kenaikan Nagib memimpin Umno dan BN lebih membawa kepada perpecahan, apabila Muhyiddin yang dipecat dari Timbalan Perdana Menteri menubuhkan Parti Bersatum,  Shafie Afdhal yang juga dipecat dari Umno menubuhkan parti Warisan di Sabah, manakala Pas sendiri bergolak juga atas dasar peribadi dan berlaku perpecahan yang melahirkan Amanah (2015).
Pilihanraya Mei 2018 (ke 14) memperlihatkan keruntuhan Melayu, apabila PH yang terdiri dari PKR, Amanah, Dap dan Bersatu, manakala Umno bersama BN kalah kecuali menguasai Pahang dan Perlis dan Pas secara bersendirian menguasai Kelantan dan Terengganu.
Meskipun suara Melayu berada di dalam Pakatan Harapan yang memerintah, tetapi kedudukan Melayu lemah. Jawatan-jawatan  penting dalam kabinet tidak dikuasai Melayu seperti dahulu. Institusi-institusi Melayu lemah atau dilemahkan dan kelemahan adalah diakibatkan oleh konflik kepimpinan bukan atas dasar prinsip dan ideologi. Banyak polisi yang tidak tertulis sedang berlaku perubahan yang mencemaskan Melayu.
Faktor ini menyebabkan tercetusnya Kongres Maruah Melayu. Sejauhmanakah kongres  berjaya merangka pendekatan yang dapat memartabatkan kembali maruah Melayu ?
Sekian.

No comments:

Post a Comment