KEWUJUDAN REALITI – BUKAN KESIA-SIAAN
(Fikrah Bangi: 382),
BBB: 26 Safar 1441H. – 25 Oktober 201`9M.
(Juma`at).
Tidak ada siapa yang mampu melarang untuk
berimaginasi, misalnya dengan melihat diri dan alam dan terbetik pertanyaan-pertanyaan.
Misalnya mengapa mesti adanya alam dan diri yang terpaksa mendepani
penghidupan. Mesti bekerja untuk
penerusan penghidupan lantas timbul pandangan, `Hidup adalah absurd !`. Lantas
timbul penentangan. Pandangan ini adalah
semacam `Myth of Sisiphus` yang memandang hidup sebagai paksaan. Rutin hidup
sebagai menggolek batu ke puncak gunung, sebaik hampir tiba ke kemuncak batu
bergoleh turun kemabli dan penolakan dilalukan berulang-ulamh dan menjemukan !
Falsafah Absurdisme adalah timbul dari jiwa
yang keciwa yang tiada pedoman pegangan. Jika rakyat dan negara berpegang
dengan falsafah ini, maka alamat negara akan mundur, kerana rakyat dipenuhi
dengan orang-orang bersikap skeptis dan kecewa. Hilang cita-cita dan tiada masa
depan. Pandangan falsafah sedemikian pernah timbul di dalam Islam yang dikenali
dengan Jabariyyah. Ia adalah falsafah yang ditolak dan bukan faksafah pegangan
umat.
Mungkin tercetus di dalam minda jangkaan,
kemungkinan segala kewujudan ini semuanya adalah secara kebetulan. Pemikiran
seperti ini memang dibincangkan, terutama di dalam keilmuan akidah Islam.
Bahawa untuk mengatakan semua kejadian
adalah kebetulan adalah bercanggah dengan logik dan rasional akal. Tidak mungkin
misalnya berlaku pertukaran malam siang,
pergeraka planet dan cakrawala secara teratur dan tidak berlaku kesilapan dan
perlanggaran dan berbagai-bagai kejadian dapat dikatakan sebagai kebetulan. Ia
adalah sesuatu yang mustahil. Segala yang teratur ini mempunyai Pengaturnya !
Mungkin timbul di dalam minda bahawa
kewujudan ini sebagai mainan-mainan dan kesia-siaan semata-mata yang akhirnya
dibubar begitu sahaja. Pandangan sedemikian tidak jauh dari pandangan
Jabariyyah yang melihat hidup sebagai paksaan dan tiada daya mengatasinya. Bahkan
ianya lebih teruk dari Jabariyyah.
Kewujudan adalah realiti dan bukan ilusi
dan bukan pula mimpi. Ia adalah kemahuan Tertinggi dengan penuh ilmu dan
kudrat. Kewujudan adalah realiti yang diistilah sebagai makhluk – yang kena
jadi dan ada Penciptanya. Fenomena kena cipta ini dapat disaksikan dengan mata
kepala dan minda yang setiap saat berlaku perubahan, kejadian dan kerosakan.
Awalan terjadi dan akhiran musnah. Awal hidup dan akhiran mati
Kewujudan adalah Kebenaran ! Kebenaran juga adalah hakikat Tertinggi.
Kebenaran adalah nikmat bagi yang mencapainya.
Dalam kata lain kewujudan adalah khazanah
kebenaran. Kita wujud adalah dari
kebenaran. Wujud kita adalah ketentuan pilihan dan merupakan peluang yang amat
berharga diberi Yang Maha Benar untuk kita menikmati Kenenaran. Dalam kata lain
tiap kita adalah mereka yang terpilih untuk berpeluang menikmati kebenaran.
Bayangkan betapa nikmat bila kita mendapat peluang `Tahu` tentang sesuatu. Dengan tahu meningkatkan diri kepada realiti. Dalam
kata lain seharusnya kita memperbaiki diri dengan tahu – ilmu. Dengan berilmu
kita lebih tahu di mana kedudukan diri
dan seharusnya kita beada dan berfungsi dengan ilmu yang diberi.
Kewujudan adalah manifestasi kebenaran dan
memberi peluang kita mengenali dimana seharusnya kita berada dan selayaknya berfungsi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment