PERSEDIAAN BUMI RUMAH
MANUSIA
(Fikrah Bangi: 385).
BBB: 28 Safar 1441H. = 27 Oktober 2019M.
(Isnin).
Allah menyempurnakan kejadian bumi dan yang
lain dalam tempoh enam tahap. Penyempurnaan ini perlu bagi menjamin keselamatan
bumi, planet, cakrawala dan kaitan antara satu sama lain.
Dengan keselamatan ini akan menjamin keselamatan kandungan dan
penghuni,khususnya di bumi itu sendiri. Dalam tempoh ini bumi yang asalnya
sebagai benda yang kemudian dikenali dengan tanah dan laut yang asalnya dalam
keadaan panas mulai menyejuk. Dalam tempoh ribuan milion tahun terbentuk
daratan dan lautan, Pada muka bumi mulai tumbuh tumbuhan awal dan berkembang
dengan berbagai tumbuhan. Setenaghnya bersifat sementara dan diganti dengan
tumbuhan yang lebih baharu yang lebih tahan dan lebih sesuai. Di permukaan bumi
ini juga mulai wujud binatang-binatang kecil dan besar saiznya yang antaranya
bersaifat sementara dan lahir binatang yang lebih kekal yang hidup dengan
memakan tumbuh-tumbuhan yang mulai hidup dan berkembang. Laut yang menjadi
sebahagian besar dari permukaan bumi mulai bergelombang dan di dalamnya mulai
wujudnya hidupan yang terdiri dari
ikan-ikan dan sebagainya.
Ada dua elemen penting yang membantu bagi
penghidupan, bahawa pada permukaan bumi disediakan udara atau angin yang
menjadi bekalan oksijen bagi hidup-hidupan
dan tumbuh-tumbuhan. Udara dan angin yang setebal 100 batu tinggi ini yang
makin ke atas makin menipis merupakan agen yang merubahkan permukaan bumi dan
laut. Dengan bergerak atau bertiupnya angin
dia menggerakkan laut dan tumbuhan. Dia menyerapkan air dari laut dan
membawanya jauh ke perbatasan gunung ganang dan pecah menjadi hujan yang
menyuburkan pokok-pokok dan mengalirkan air ke sungai-sungai yang menyuburkan tumbuh-tumbuhan dan jua membantu
hewan-hewan untuk meneruskan hidup.
Satu elemen yang penting yang disediakan
oleh Maha Pencipta, ialah cahaya yang menghangatkan suasana di permukaan bumi –
sama ada dipermukaan tanah atau laut
ialah cahaya. Cahaya dan kehangatan adalah dari kewujudan planet matahari yang
jauhnya bersesuaian dengan keperluan bumi dan lain-lain sehingga untuk keperluan
bumi dan laut tidak terlampau hangat dan tidak pula terlampau sejuk, sesuai
pula untuk kehidupan.
Sebagai kejadian yang dinamik, ciptaan Yang
Maha Kuasa ini diberi mekanisme bergerak
di dalam orbit masing-masing di atas garis-garis yang ditentukan. Dengan pergerakan ini menghasilkan tenaga
gerak yang dinamik. Misalnya gerakan secara keliling (bulatan) mendedahkan
bumi kepada perubahan yang dikenali
dengan malam dan siang yang memberi masa untuk bergiat dab rehat pada waktu
malam. Dari gerakan berlaku perubahan
pancaran cahaya matahari ke permukaan bumi yang menghasilkan musim-musim
seperti musim panas, sejuk, musim bunga dan musim gugur. Proses ini memberi kesempatan
bagi menghasilkan bahan tumbuhan dan ternakan sebagai persediaan bahan makanan
baik dari tumbuhan atau binatang bagi
penghidupan manusia dan juga hidup-hidupan yang lain.
Bumi sebagai ruang kediaman dan perumahan –
tempat tinggal, terutama bakal bagi kehadiran manusia telah disediakan bagi
mereka iaitu dari persediaan tapak yang paling sesuai dengan diiring
kelilingnya jiran-jiran planet, bahkan gugusan bintang-bintang adalah bagi
persediaan sekitaran yang sesuai bagi penghidupan.
Dipermukaan bumi disediakan dengan tumbuh-tumbuhan
dan hidupan. Demikian juga di laut. Permukaan dilengkapkan dengan udara sebagai
sumber kehidupan. Proses penyesuaian penghidupan ini memakan masa jutaan tahun. Masa yang begitu pendek nisbah bagi Pencipta
yang tidak berada dalam ruang masa.
Persediaan yang begitu lengkap dan sempurna
ialah sebagai persediaan kawasan
`Selamat` bagi kehadiran manusia.
Sekian.
No comments:
Post a Comment