PERAYAAN – KEWAJARAN
(Fikrah Bangi: 362),
BBB:
02 Safar 1441H. = 01 Oktober 2019M. (Selasa).
Terdapat beberapa perayaan di kalangan rakyat Malaysia yang disambut
secara tahunan dari masa ke masa. Perayaan ini dapat dikategorikan kepada:
1) Perayaan yang bersifat negara
2) Perayaan
yang bersifat agama
3) Perayaan yang bersifat kaum
4) Perayaan yang bersifat tempatan
5) Perayaan yang bersifat peribadi.
Perayaan-perayaan sedemikian menjadi budaya
bagi masyarakat Malaysia. Tetapi ada setengahnya disambut secara menyeluruh
pada peringkat negara. Ada yang disambut secara terbuka. Ada yang bersifat
terhad dan ada yang khusus dan bersifat peribadi.
1) Perayaan Yang Bersifat Negara
Perayaan yang bersifat menyeluruh dan
bersifat negara dan disambut oleh semua. Ia adalah berhubung dengan peristiwa
penting yang berlaku di dalam sejarah negara. Sambutan yang bersifat negara ini
mungkin berubah dengan berlakunya peristiwa yang penting di dalam negara. Satu masa dahulu
sebelum berlakunya peristiwa kemerdekaan tanah air, maka peristiwa yang
dianggap penting bagi negara ialah peristiwa pembentukan Persekutuan Tanah
Melayu, iaitu terdirinya dari negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Pembentukan ini berlaku pada zaman pemerintahan British, iaitu selepas
penolakan Malayan Union yang dicadang British (1946), maka sebagai cadangan
baru di namakan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Tarikh ini
dianggap penting, maka sejak penubuihan dan ulangan tahun berikutnya disambut
pada setiap tahun. Pada hari sambutan (satu hari) pejabat-pejabat ditutup,
demikian juga dengan sekolah-sekolah. Bendera-bendera yang dinamakan `Bendera
Persekutuan` dinaikkan. Ada lagu khas dinyanyikan. Pembentukan Persekutuan
Tanah Melayu adalah tahap awal menyatupadukan negara ini, tetapi masih di bawah
pemerintahan British. Suasana menuntut
kemerdekaan sedang berlaku yang diketuai Umno dan Pas yang sebelumnya adalah
PKMM dan Hizbul Muslimin, manakala komunis berjuang di dalam hutan. Belum ada
MCA atau MIC (kedua parti ini diwujudkan menjelang kemerdekaan).
Apabila kemerdekaan tanah air (Malaya)
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, di bawah pimpinan Tengku Abdul Rahman
Putra al-Haj, maka tarikh ini adalah penting bagi negara, maka sambutan
peringkat negara secara tahunan ialah tarikh kemerdekaan berkenaan. Apabila
Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 – Pada asalnya pembentukan Malaysia
dicadangkan pada 31 Ogos 1963, tetapi tidak dapat dilaksanakan, kerana gangguan-gangguan
keperluan oleh pihak Bangsa Bersatu dan tarikh pembentukan Malaysia ditangguh
kepada 16 Sptember 1963.
Pada peringkat awal sambutan ulang tahun
dilakukan pada 31 Ogos, tetapi oleh kerana 16 September adalah tarikh
pembentukan Malaysia, maka tarikh ini lebih penting bag Malaysia. Sebagai jalan
tengah dan terbaik, maka tariklh 31 Ogos adalah tarikh sambutan kemerdekaan,
manakala 16 Sptember dinamakan tarikh Hari Kebangsaan. Maka antara Hari
Kemerdekaan himgga 16 September diisi dengan berbagai-bagai kegiatan.
Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari
Kebangsaan adalah penting dan berperanan
menanamkan rasa patriotik dan cintakan tanahair dan di sambut secara rasmi dan
sambutan yang bersifat menyeluruh adalah penting di dalam menyatupadukan seluruh
rakyat Malaysia.
Sekian.
No comments:
Post a Comment