September 30, 2019

ELAK KECELARUAN IBADAT


ELAK KECELARUAN IBADAT
(Fikrah Bangi: 362),
BBB: 30 Muharram 1441H. = 30 November 2019M. (Isnin).
Memang jika tidak ada mazhab lagi baik. Umat Islam bersatu di dalam menjalani syarat dan rukun yang sama di dalam menjalankan ibadat. Tetapi dalam keadaan sekarang untuk memisah diri dari mazhab adalah sukar. Sebab itu untuk mengelak kecelaruan maka mengikut mazhab adalah perlu. Sebagaimana telah disebutkan bahawa mazhab Shafie dari segi fiqh adalah menjadi mazhab yang diikuti di alam Melayu, khususnya di Malaysia. Demikian Mazhab Ash`ari-Maturidi adalah mazhab dari segi akidah, manakala aliran Ghazali dan yang mengikutinya adalah aliran tasawuf yang diikuti.  Ketiga kompunan ini adalah di dalam aliran Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah. Dengan demikian dapat dielak dari kecelaruan dan campur aduk dalam ibadat.
Pengalaman mengajar kita kecelaruan berlaku, bila  diambil setengah pendapat yang lain dan merubah yang sedia ada dengan pendapat  atau aliran lain yang dibawa dari luar dan bercanggah dengan amalan yang ada. Sebagai contoh sekitar 1950an kecoh dengan aliran Kaum Muda dan Aliran Kaum Tua. Aliran Kaum Muda merujuk kepada pendapat baru yang bercanggah dengan amalan lama yang dikenali dengan Kaum Tua.
Hasan Bandung adalah individua dari Bandung yang mencetuskan Kaum Muda  dan pengaruhnya sampai ke Malaya pada masa itu, antara pengikutnya Abu Bakar Ash`ari Perlis. Aliran ini antaranya dipengaruhi aliran Wahabi dari Sa`udi.. Aliran ini sampai juga di kawasan-kawasan yang lain termasuk di Kelantan tetapi tidak mendalam pengaruhnya sebagaimana di Perlis yang kesannya sehingga kini dan memasalahkan dari segi keselarasan ibadat  dan menjadi perbalahan di kalangan penduduk setempat. Antara perkara yang menjadi perbalahan  hingga kini, soal membaca basmalah pada awal Fatihah, soal baca qunut dan soal wirid selepas solat. Ketara aliran ini adalah dari pengaruh Wahabi. Pada tahun  lepas berlaku perbalahan antara jama`ah yang mau membaca wurid selepas solat dan tidak `berwirid sebagaimana diamalkan oleh Wahabi.
Kaum Muda ini mempersoalkan juga dari segi misalnya membaca lafaz bagi niat solat  sebelum takbir. Kaum Tua dan mereka yang berpegang dengan pegangan umum di Malaysia juga Kaum Muda mempersoalkan tentang talkin di kuburan bagi yang baru dikebumi juga tahlil. Bagi mereka selepas solat terus bubar dan bila ke bumi mayat selesai dengan tak perlu bertalqin. Mereka terus bubar. Bagi pegangan umum yang dikenali sebagai Kaum Tua talqin bukan saja dituju bagi si mati, tetapi lebih pentng ditujukan  kepada hadirin sebagai ingatan kepada yang hadir mengiringi  jenazah.
Bayangkan  jika kebenaran diberi kepada Shi`ah bagi memperkembangkan pengaruhnya di Malaysia maka ia akan keliru  dari berbagai pegangan. Adalah tidak wajar aliran ini dan yang seumpamanya masuk ke negara ini, lantaran ianya akan membawa kecelaruan. Ianya akan membawa perbalahan sebagaimana berlaku di Perlis dan pada peringkat puncak boleh membawa kepada peperangan sebagaimana berlaku di Pakistan juga di Iraq.
Lantaran itu pihak berkuasa hendaklah wasppada terhadap kemasukan aliran-alairan tertentu yang berlaiainan dan bercanggah dengan  amalan yang dikakukan oleh penduduk Islam di negara ini.. Kita tidak sepatutnya mebiarkan benih-benih konflik tumbuh dan subur di negara ini. Orang ramai, terutama para jama`ah haji atau umrah tidak sepatut membuat amal secara sendiri, Misalnya bila ke Makkah-Madinah mengikuti Imam yang tidak baca basmalah di awal Surah al-Fatihah dan tidak berwirid selepas solat, maka secara individu yang terpengaruh bila pulang bawa kelainan solat sebagaimana diamalkan di Makkah  dan Madinah.
Jangan jadikan amalan ibadat secara ikutikutan, tetapi hendaklah berguru dari guru-guru  mursyid sebagaimana diamalkan di sini.
Sekian.

No comments:

Post a Comment