DAKWAH DI ALAM MELAYU
(Fikrah Bangi: 351),
BBB: 19 Muharram 1441H. = 19 September 2019M.
(Khamis).
Mekanisme perkembangan agama Islam ialah
melalui dakwah secara hikmah. Pada zaman Khalifah `Umar Ibn al-Khattab Islam
tersebar ke serata kawasan tanah `Arab dan pada zaman Khalifah `Uthman Ibn
Affan sudah ada tentera laut yang dapat membuka seperti Pulau Cyprus.. Pada
zaman `Uthman akhir abad ke 7M. hubungan antara kerajaan Islam dengan Sriwijaya
di Sumatera telah berlaku. Kemudian jalan laut mulai diteroka dan terbuka ke
timur, alternatif bagi `Jalan Sutera` ke negeri China.
Pada zaman Kerajaan `Abbasiyyah mulai abad ke
8 hubungan dagang melalui lautan menjadi aktif. Pedagang-pedagang Islam yang
terdiri dari orang `Arab, Parsi dan pedagang-pedagang tempatan berlaku dengan pesat. Jalan laut adalah melalui Laut Merah, Hadhra al-Maut di
Yaman, Parsi, Pantai Cromandal dan Gujerat, Ranir di India, Chittagong, Shahrul Nawi di Selatan Burma, Kepulauan Sumatera dan Srivijaya
adalah laluan pedagang ke Patani, Pengkalan
Cahaya, Kemboja dan Champa ke negeri
China.
Di dalam konteks Kerajaan Srivijaya yang pasti
didatangi oleh pedagang-pedagang Islam tiada catatan yang jelas mengenai Islam
di dalam kerjaan tersebut, walaupun sudah ada hubungan. Sebaliknya pengislaman
di Sumatera diceritakan secara mitos dan
legenda dan berlaku pada bahagian barat di pulau itu. Khususnya pada zaman
kerajaan Samudera Pasai pada zaman pemerintahan Raja Merah Silu. Pendakwah
seperti Faqir Muhammad telah datang berdakwah di Samudere Pasai dan
mengislamkan penduduk di perpantaian
Barat Sumatra,
Secara mitos juga diceritakan di dalam Hikayat
Raja-Raja Pasai bahawa Raja Merah Silu telah bermimpi menerima Islam dan keesokan menjadi realiti pendakwah
mendarat membawa Islam. Raja Merah Silu menjadi Sultan di Pasai dengan gelaran
Sultan Malikul Saleh. Pengislaman Malikul Salehmenandakan secara rasmi sebuah
kerajaan di Sumatera menerima Islam.
Pada masa ini kerajaan Srivijaya mengalami kelemahan. Antaranya diserang oleh
kerajaan dati Jawa.
Walau bagaimana pada masa ini rentetan keislaman berlaku di sepanjang pelabuhan di laut hingga
ke China. Sezaman dengan kerajaan Pasai ialah Kerajaan Terengganu pada zaman
Raja Mandalika bertempat di Kuala Berang yang bukti keislaman adalah
sebagaimana tercatat pada Batu Bersrat
Terengganu. Selari dengan perkembangan Islam di Pasai dan Terengganu, ialah di
Jolo Filipina dan di Champa, Kamboja yang dijangka pendakwah yang datang ke
sini pada peringkat permulaan adalah datangnya dari Parsi. Iniadalah kerana
pengajaran Islam yang diterima penduduk adalah dari pendakwah Parsi. Kesan
dapat dilihat pada kaedah-kaedah ibadat yang dilakukan. Kesan juga dapat
dilihat pada gelaran politik seperti jawatan pemerintah dipanggil Norodom
(Nuruddinm) dan nama-nama pemerintah sepertiHon Sun, berasal dari Hassan sebagaimana telah disebut terdapat legenda Siti
Zubaidah Perang China yang berlaku di Champa negara Kamboja..
Pertapakan permulaan yang merupakan rentetan
pengislam di kepulauamn Melayu ini merupakan tapak-tapak bagi perkembangan
dakwah keislaman di Alam Melayu. Peranan menyebarkan Islam seterusnya dilakukan
oleh pemerintah dan pemimpin setempat.
Perana n perniagaan dan dakwah adalah menjadi
faktor penting bagi perkembangan Ilam di Alam Melayu. Penyebaran dakwah
keislaman adalah secara damai dan tidak ada elemen peperangan berlaku bagi
dakwah keislaman di Alam Melayu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment