September 3, 2019

KEMERDEKAAN: CABARAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN


KEMERDEKAAN: CABARAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN
(Fikrah Bangi: 336),
BBB: 03 Muharram 1441`H. = 03 September 2019M. (Selasa).
Dua perkara yang rapat hubungan. Kemerdekaan bererti bebas dari penindasan dan gangguan. Kemerdekaan juga bebas  dari ancaman. Tetapi dari segi praktiknya, kemerdekaan sepenuh, begitu juga dengan keselamatan sepenuhnya tidak dicapai selengkapnya. Tiap kemerdekaan., bahkan sebelum kemerdekaan ada musuh dan ancaman yang menanti. Sebab itu bagi sesebuah negara yang merdeka perlu bersiap sedia dengan angkatan pertahanan dan  angkatan keselamatan – menjaga keselamatan awam seperti pasukan polis dan sebagainya.
Perjuangan kemerdekaan adalah perjuangan yang berani mengambil risiko dari segi pertahanan dan keselamatan.Mencapai atau merebut kemerdekaan bererti dalam mencapainya perlu dihadapi musuh mengancam dan keamanan yang akan timbul.
Kemerdekaan negara kita selalu isebut adalah dengan cara aman. Kenyataan sedemikian perlu diperiksa kebenarannya. Benar kita tidak mengangkat senjata menentang penjajah British yang memerintah negara kita sebelum kemerdekaan seperti pejuang-pejuang kemerdekaan Indonesia menentang Belanda atau seperti  Ho Chi Minh dan pejuang-pejuang kemerdekaan Vietnam menentang Peancis dan Amerika, tetapi kita menghadapi ancaman keamanan dari luar dan dalam. Ancaman dari luar ialah ancaman ideologi dan ketenteraan dari komunis dari negara komunis Cina di bawah pimpinan Mou Tze Tong dan juga dari Russia di bawah pimpinan Stalin dan pengganti-penggantinya. Kita juga menghadapi ancaman dari jiran. Misalnya bila berlaku pembentukan Malaysia, Indonesia di bawah pimpinan Sukarno melancarakan konfrontasi – termasuk secara bersenjata terhadap Malaysia. Di dalam negara sendiri , menjelang kemerdekaan negara menghadapi  ancaman bersnjata dari komunis yang berkiblatkan Peking dan Moscow. Ancaman ini berterusan sehingga kemerdekaan. Ancaman darurat ini berterusan sehingga ke tahun 1960an. Bahkan pada awal penerimaan kemerdekaan, kita masih mengekalkan dari segi keelamatn secara bergantung kepada British. Wakil British masih ada di dalam kabinet pemerintahan Malaya. Ancaman Komunis benar-benar berlaku. Misalnya sebelumnya seorang Pesuruhjaya British di Malaya, iaitu Sir Edward James telah berjaya dibunuh oleh komunis.
Ikatan kerjasama dengan British dan sekutunya adalah berterusan. Misalnya Malaysia berterusan kerjasama dari segi ketenteran dengan British, Australia dan New Zealand. Ini bukan saja dari konfrontasi dengan Indonesia, tetapi juga  adalah ancaman dar Filipina yang mendakwa bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Filipina. Kerjasama ini jelas dengan adanya pangkalan udara bagi Australia di Butterworh sebelum dari ditamatkan.
Jelas bahawa kemerdekaan yang dicapai bagi negara kita di Malaysia tidak sebenarnya sepenuhnya aman dan bukan diterima dari `Dulang Perak`. Ancaman sedemikian adalah berterusan, terutama disempadan perairan Malaysia dengan Filipina yang ancaman ini berterusabn sehingga kini.
Keamanan dan keselamatan negara secara berterusan  adalah bergantung kepada kesiap-siagaan dari segi ketenteraan baik di darat, di laut an di udara. Persiapan alat senjata canggih perlu wujud, jika pun tidak berlaku pertempuran secara berdepan, tetapi kewujudannya menggerunkan musuh dan menjadikan mereka tidak berani menceroboh dan jika menceroboh mereka segera dapat dihapuskan yang menyebabkan mereka gerun dari mengulangi pencerobohan.
Begitu juga dengan persediaan pasukan-pasukan keselamatan juga hendaklah secara teratur dan canggih yang  membuat musuh dalaman tidak berana mengancam dari segi keselamatan.
Dapatlah dikatakan bahawa kemerdekaan negara kita bukan diterima secara aman tenteram, tetapi atas pejuangan menentang musuh dari luar  yang mengancam keamanan dan musuh dari dalam yang mengancam keselamatan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment