DASAR LUAR YANG KONSERVETIF
(Fikrah Bangi: 337),
BBB: 04 Muharram 1441H. = 04 September
2019M. (Rabu).
Sesebuah negara merdeka adalah bebas
meneruskan arah pemerintahannya sebagaimana diingini pemerintah dan rakyatnya,
negara berkenaan juga seharusnya mempunyai polisi bebas dalam mencorak dan
menentukan `Dasar Luarnya`. Dasar luar
sesebuah negara adalah senantiasa berpihak kepada kehendak serta kepentingan
negara dan tidak boleh bercanggah dengan polisi dan kehendak negara. Berdasarkan
kepentingan negara, maka dasar luar negara dibuat.
Pada peringkat awal kemerdekaan negara, maka dapatlah dikatakan
dasar luar negara amat konservetif sifatnya. Sifat ini ditentukan oleh
kedudukan semasa negara. Negara muda Malaya pada masa itu adalah kecil dan
lemah di dalam perkembangan politik semasa pada masa itu.
Situasi dunia pada masa itu berada dalam
tiga blok pengaruh.
Pertama: Negara-negara di bawah blok kapitalis yang terdiri dari Amerika, Britain,
Perancis dan negara-negara barat yang lain. Kepimpinan barat seperti Presiden Trumen dari Amerika dan Churchil dari
Britain.
Kedua:
Negara-negara di bawah blok Komunis yang terdiri dari Rusia, China, dan negara-negara di bawah pengaruj kedua-dua
negara tersebut. Pimpinan ialah seperti Kruscheve dari Rusia dan MouTze Tong
dari China.
Ketiga: Negara-negera yang disifatkan `New
Emerging Forces. Iaitu negera-negera blok ketiga yang baru merdeka dan mempunyai
kepimpinan berkaliber dan mereka membentuk blok ketiga. Antara yang terkenal
pimpinan negera ketiga ini ialah Sukarno dari Indonesia, Jawaharlal Nehru dari
India, Tito dari Zhekoslovakia dan Jamal Nasir dari Mesir. Mereka ini jadi juru
cakap negara-negara ketiga – terutama dari negara-negara Asia-Asfrika yang
tertindas dan menyuarakan kebebasan..
Malaya masa itu masih kecil dan lemah dan
merasa inferior seperti berbanding dengan Indonesia yang mencapai kemerdekaan
dengan secara revolusi.
Pada permulaan kemerdekaan, sepatutnya
Malaya membuat perhubungan awal dengan negara-negara jiran seperti Indonesia,
Filipina dan jiran terdekat yang lain, tetapi tidak berlaku sedemikian. Tiada lawatan kejiranan
dilakukan pada peringkat permulaan.
Pendekatan diplomasi bagi dasar luar Malaya
ialah lebih selesa dengan negara-negara bekas jajahan British yang memandang
Queen Elizabeth Ratu England itu sebagai Pelindung. Dalam kata yang lain Malaya
pada peringkat permulaan yang diketua Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri yang juga sebagai Menteri Luar
lebih rapat dan berhubung, bahkan menjadi anggota negara-negara Komanwel (Kemakmuran Bersama). Malaya mempunyai
hubungan yang rapat dengan Australia dan
New Zealand daripada Indonesia atau filipina. Malaya pada masa itu amat anti
komunis, Apa lagi komunis dilihat mau mara ke selatan, seperti yang berlaku di
Vietnam, bahkan komunis menjadi musuh utama dan ada di dalam negara sebagai
misi bagi merubah dasar negera ini kepada blok berkenaan.
Bagi Malaya bukan saja cenderong kepada
negara-negara Komanwel, tetapi berjuang misalnya menentang dasar Apartheid yang
diamalkan di Afrika Selatan. Perjuangan ini dipelopri oleh Tunku dan banyak
usaha dan tentangan yang dibuat terhadap Afrika Selatan melalui Rundingan negera-negara komanwel dan kempen terbuka. Usaha Tunku ada kesannya apabila regim kulit
putih di Afrika Selatan dapat di turunkan dan kepimpinan di negara tersebut
diambil alih oleh Nelson Mandela. Anak jati Afrika dan berketurunan Afrika.
Dasar Luar yang bersifat konservatif yang bersahabat lebih kepada
negera-negara Komanwel ini berterusan pada zaman Tunku. Bersifat anti komunis
pada peringkat global, tetapi tidak pula menyerang dasar kapitalis barat, tetapi
ianya tidak diterima sebagai pemimpin negara ketiga yang gah pada tahun-tahun
1960an.
Sekian.
No comments:
Post a Comment