September 24, 2019

POLITIK DAN DAKWAH


POLITIK DAN DAKWAH
(Fikrah Bangi: 357),
BBB:  24 Muharram 1441H. = 24 September 2019M. (Selasa).
Politik dan dakwah boleh dimaksudkan melibatkan diri di dalam politik menjadikannya sebagai mekanisme bagi menyampaikan dakwah.. Boleh juga bermaksud dengan menguasai politik, maka dapat digunakan bagi menyampaikan dakwah. Walau apapun mencapai  kejayaan di dalam politik bererti mendapat kekuasaan dan dengan kekuasaan yang dicapai, maka dapat digunakan sebagai jalan bagi berdakwah.
Dalam setengah keadaan memang mencapai kekuasaan politik dan kekuasaan pemerintahan  adalah sebagai satu jalan bagi dakwah, bahkan bagi pemaksaan. Sebagai contoh Spanyol yang pernah berada di bawah pemerintahan Islam selama  lapan abad, apabila dapata melepaskan diri dari pemerintahan Islam dan mampu sampai ke Timur jauh dengan penuh dendam terhadap  Islam telah menguasai Filipina dengan peperangan, maka Filipina yang telah dikuasai Islam telah dikalahkan pada zaman Sultan Sulaiman memerintah Manila. Selepas kekuasaan Islam dikalahkan dan politik pemerintahan berada di tangan Spanyol,mereka telah melaksanakan pemerintahan dan pemaksaan penduduk menerima Christian bermazhab Katholik, tetapi Spanyol tidak berjaya mengkristiankan Filipina sepenuhnya, kerana pada bahagian selatan masih bertahan dengan berpegang dengan Islam. Portugis yang bersikap seperti Spanyol yang menawan Melaka dengan kekerasan, tidak berjaya mengkristiankan Melaka.
Belanda yang menguasai Indonesia tidak juga mengkristiankan Indonesia. Keadaan yang sama dengan British yang menguasai Malaya, tidal berjaya mengkristiankan orang Melayu di Malaya.Kekuatan Islam bertahan adalah kerana kekukuhan akidah yang dipegang umat.
Dalam suasana politik moden kini, Malaysia merdeka,  di dalam pemerintahan demokrasi, politik tidaklah menampakkan kejayaan dari segi dakwah. Ada parti politik yang membawa identiti Islam, misalnya dan antaranya bertujuan untuk berdakwah, tidak menunjukkan kejayaan dari segi dakwah, walaupun mempunyai kekuasaan politik. Mengapa ? Sedangkan sebagaimana dikatakan suasana masyarakat di Malaysia yang bersifat multirasial dan berbagai agama dan tidak disekat dari dakwah, mengapa peluang dakwah tidak diguna sebaik dan sehikmah mungkin ? Apa yang dilihat orang politik lebih mementing dan berlomba untuk mendapat kekuasaan.
Halangan yang dihadapi, jika dakwah ditonjolkan, maka mengurangkan dari mendapat sokongan politik. Apa lagi status umat Islam dan kedudukan sosial mereka tidak lebih baik dari masyarakat bukan Islam, maka ada semacam inferioriti bagi orang Islam mendekati orang bukan Islam untuk berdakwah – kecuali terhadap orang Asli. Dalam keadaan sedemikian adalah `berat` bagi orang Islam untuk melahirkan dakwah kepada orang bukan Islam.. Satu masa ketika parti politik yang berlebal Islam bekerjasama dengan pimpinan politik yang bukan Islam, tidak juga berjaya menarik yang bukan Islam menerima Islam. Walau bagaimana melalui kerjasama, nereka didedahkan dengan bahan-nahan bacaan yang bersifat Islam. Mereka pernah dikaitkan dengan watak ideal pemnerintah dalam Islam yang menjadi sebutan pemimpin di dalam Islam tetapi tidaklah samapai mereka menerima Islam. Walau bagaimana berbaik dengan pimpinan bukan Islam mempunyai ruang memperkenalkan kepada mereka tentang Islam, tetapi nampaknya  tidak sampai mereka menerima Islam. Walau bagaimana sikap berbaik adalah lebih baik dari berkonfrontasi yang menyebabkan mereka lebih liar  daripada Islam.
Dapatlah dilihat betapa sukar  bagi menarik kepimpinan yang bukan Islam kepada Islam. Kesukaran ini juga sama dihadapi oleh pemerintah yang mempunyai kekuasaan.
Sikap yang diambil oleh pihak kementerian yang berhubung dengan Islam ialah menayangkan apa yang menarik dalam Islam dan dipamirkan kepada masyarakat dengan slogan-slogan yang disifatkan menarik dan bersifat memilih satu-satu aspek atau beberapa aspek dan tidak memperlihatkan Islam secara syumul. Inilah pendekatan yang diambil.
Apa yang dilihat, walaupun ruang untuk berdakwah begitu luas, tetapi amat sukar diambil pendekatan bagi menyampaikan dakwah secara berkesan. Adakah sebenarnya orang politik yang  ada tujuan untuk berdakwah gagal dari misi dakwah, lantaran yang dipentingkan adalah kekuasaan. Adakah dilihat dengan mendakwah mengurangkan sokongan ?
Sekian.

No comments:

Post a Comment