LEGENDA KEWUJUDAN KERAJAAN MELAYU
(Fikrah Bangi: 339),
BBB: 06 Muharram 1441H. = 06 September 2019M.
(Juma`at).
Kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu dalam
sejarah antaranya disokong oleh legenda-legenda
yang wujud di dalam sejarah yang antaranya masih dinaratifkan. Kerajaan
Melayu ini dapat dibahagikan kepada Kerajaan Melayu Daratan dan Kerajaan Melayu
Lautan.
Kerajaan Melayu Daratan terdiri dari:
1) Kerajaan Langkasuka
Kerajaan ini tegak di kawasan utara Semenanjung
sekarang hingga ke Segenting Kra. Ianya merupakan sebahagian dari negeri Melayu,
tetapi survivalnya terpaksa menghadapi
tekanan dari kuasa di atara. termasuk Siam dan Burma. Antara legenda ialah
peperangan watak wira Mara Karma yang menentang musuh dari utara. Legenda
perang antara wira Mara Karma dan pengikut-pengikutnya berlaka di Palakang
Cahaya (Pengkalan Cahaya). Nama tempat ini masih kekal dengan nama Caya, di
Segenting Kra yang mencerminkan wujudnya pemerintahan kerajaan Melayu. Survival
Kerajaan Melayu ini berterusan antara
kalah dan Perang dengan kuasa dari utara. Peringkat akhir ialah
kekalahan kerajaan Melayu akibat serangan dari utara (Siam), ialah pada 1832,
apabila ramai dari pahlawan-pahlawan yang kalah perang berundur ke
negeri-negeri seperti Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu. Turunan `Wan` dan
`Nik` adalah bukti mereka dari turunan yang lari dari utara.
2) Kerajaan Melayu Champa
Bertempat di Kemboja. Kewujudan Kerajaan
Melayu Champa ini terbukti secara sejarah yang buku-buku ditulis, termasuk
dalam bahasa Perancis yang pernah menjajahnya. Sebagaimana kerajaan Langkasuka
terpaksa menghadapi tekanan dari utara, demikianlah dengan Kerajaan Champa yang
terpaksa menghadapi tekanan dari utara, khususnya Vietram. Kerajaan Champa menerima Islam pada abad ke 12M.
Selari dengan penerimaan Islam di Terengganu, Jolo, Filipina . Nampaknya
pendakwah yang tiba di Champa pada peringkat permulaan, antaranya dari kalangan
Shiah. Rakyat (Islam) biasa cukup melakukan ibadat seperti puasa dan solat
dengan mewakilkan kepada ulama. Pengaruh ulama begitu kuat sehingga gelaran
Diraja ialah dengan menggunakan `Nuruddin` (Cahaya Agama). Kesannya gelaran ini
diwarisi Raja seperti Noroddom Sihanuk
(Nuruddin Sihanok) = Chahaya Agama Si Ayam Jantan (Pemimpin). Kerajaan Champa
mempunyai hubungan rapat dengan negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung
seperti Kelantan dan Terengganu.. Pelabuhan yang menjadi hubungan dalam
pelayaran ialah Pangkalan Cahaya (Caya) di Segenting Kra dan Pengkalan Chepa di
Kelantan. Perniagaan berlaku melalui pelayaran Perahu Besar misalnya dari
Terengganu ke Champa membawa dagangan. Antaranya pertukaran barang dengan
beras. Orang-orang di Pantai Timur Semenanjung mempelajari kaedah menganyam
tikar yang halus dan kaedah tenunan yang tinggi mutunya,misalnya menenun kait
songket dari penganyam dan penenun dari Campa.
Champa menghadapi tekanan pemerintahan dari
utara sebagaimana terbukti dalam buklu, Siti Zubaidah: Perang China. Wirawati
ini dan pengikut-pengikutnya terpeksa berperang pertahan negara dengan penjarah
dari utara yang dikatakan `China` Puteri China, mungkin dimaksudkan ialah dari
Vietnam. Kemusnahan Melayu Champa berlaku ditangan regim Komunis yang diketuai
Polpot dalam mana penduduk Islam yang
komunis amat anti agama - mereka dibunuh
dan hampir pupus. Namun komuniti ini masih wujud dan sedang bangkit kembali.
Pegangan Islam mereka diperbaiki oleh pendakwah-pendakwah. Pemerintah kini yang
diketuai Hon Sen (berasal dari Husin) lebih tolerance dengan agama.
3) Kerajaan
Melaka
Jelas dari segi sejarahnya. Wujud sejak
abad ke 13. Watak legendanya ialah Hang Tuah yang hidupnya sepanjang
berdaulatnya kerajaan Melaka. Zaman emasnya semasa di bawah Sultan Mansur Shah
yang bendaharanya ialah Tun Perak. Melaka jatuh bila diserang Portugis pada tahun
1511.
Sekian.
No comments:
Post a Comment