September 5, 2019

PENYATUAN ALAM MELAYU: KESAN PENJAJAHAN


PENYATUAN ALAM MELAYU: KESAN PENJAJAHAN
(Fikrah Bangi: 338),
BBB: 05 Muharram 1441H. = 05 September 2019M. (Khamis).
Pengaruh penjajah mempunyai kesan yang besar pada kedudukan  dan pembahagian negara-negara di Alam Melayu. Secara keseluruhan kawasan Alam Melayu dikenali sebagai Malay Archipelago. Kedudukan geografi ini bukan bermaksa kawasan ini bersatu dari segi politik. Dari segi hakikatnya kawasan ini tidak pernah bersatu secara keseluruhan.
Dalam sejarahnya kawasan ini pernah lahir kerajaan, antaranya:
Kerajaan Sriwijaya dari zaman awal Masihi ke abad ke 13 Masihi
Kerajaan Langkasuka hampir sezaman dengan kerajaan Sriwijaya. Cumi Sriwijaya pada bahagian kepulauan Sumatera, manakala Langkasuka dari Segenting Kra ke Selatan Semenanjung hingga ke Singapura.
Kerajaan Majapahit antara 1400 hingga 1600. Sezaman dengan Melaka.
Kerajaan Melaka  1300 hingga 1600 termasuk di bawahnya negeri-negeri di Semenanjung.
Kerajan Melayu Champa antara abad ke 11- 16 sezaman dengan Melaka.
Kerajaan Melayu Manila ke Selatan di bawah Kesultanan (Raja Sulaiman) antara 1200 – 1600.
Kehadiran penjajah membahagi kawasan Alam Melayu itu kepada kawasan negara:
Kawasan British termasuk Malaya, Sarawak dan Sabah.
Kawasan di bawah pemerintah Belanda dikenali dengan Indonesia.
Karajaan di bawah Perancis, termasuklah Campa di bawah Kamboja.
Kerajaan di bawah pemerintahan Spanyol yang dikenali dengan Filipina.
Kerajaan di bawah Portugis iaitu Timor, timur.
Kemerdekaan negara-negara berkenaan kekal dari segi kawasannya sebagaimana di bawah penjajahan sebelumnya. Ini mencerminkan betapa kekal  pengaruh demografi penjajahan. Hatta apabila Indonesia memasukkan Timor Timur di bawah Wiklayah Indonesia, dunia mengecam Indonesia, walaupun ianya dari segi geografi adalah sebahagian dari kaeasan Indonesia, tetap[i kerana ianya terasing kerana diperintah Portugis, maka Indonesia akur dengan kehendak Bangsa Bersatu dan Timor Timur merdeka sebagai negeri yang kecil.
Apabila Malaysia dibentuk pada tahun 1963, maka negeri-negeri yang pernah di bawah jajahan Britishlah menjadi negeri-negeri yang mau disatukan, termasuk Singapura dan Brunei.
Walau bagaimana menjelang pembentukan Malaysia berasaskan bekas tanah jajahan British itu, timbul bantahan dari Indonesia dan Filipina.. Indonesia menganggap penubuhan tidak demokratik dan mungkin menmgancam Indonesia. Sebab itu referendum terpaksa dibuat dan didapati ianya mendapat mandat dari rakyat. Walau bagaimana Indonesia meneruskan konfrontasi terhadap Malaysia di bawah pimpinan Sukarna di Indonesia.
Manakala Filipina juga menentang dengan dakwaan bahawa Sabah adalah sebahagian dari kerajaan Sulu di Selatan Filipina dan filipina  di bawah Presiden Ferdinand  Marcos tidak mengiktiraf terutama Sebah sebahagian dari Malaysia. Walau bagaimana Malaysia tetap ditubuhkan tetapi tertangguh dari 31 Ogos 1963 kepada 16 Ogos pada tahun tersebut. Walaupun banyak halangan yang terpaksa ditempoh.
Berbagai usaha diplomasi dan pengukuhan pertahanan telah dilakukan, sebelum kerajaan menjadi stabil, tetapi tidak sunyi dari ancaman..
Sekian.

No comments:

Post a Comment