September 9, 2019

KESEDARAN NEGARA BANGSA

KESEDARAN NEGARA BANGSA
(Fikrah Bangi: 342),
BBB: 09 Muharram 1441H. = 09 September 2019M. (Isnin).
Jauh dari tarikh Masihi, pada zaman Batu Baru, sejak sepuluh ribu tahun yang lalu lagi berlaku pergerakan penduduk  kerana kepentingan  ekonomi. Di mana tempat yang subur dan terdapat kemudahan penghidupan dan pergerakan di situ menjadi pilihan kediaman dan biasanya ialah di muara atau di tepi-tepi sungai dan tanahnya sebur dengan tumbuh-tumbuhan. Pergerakan manusia Melayu adalah dari utara melalui Segenting Kra dan ke selatan. Mereka mendiami kuala-kuala sungai. Pergerakan yang memakan masa yang lama ini membawa mereka ke selatan. Melalui pengalaman menggunakan kenderaan air seperti perahu dan yang seumpama dengannya membawa mereka  kepada pertemuan pulau-pulau yang subur tanahnya. Mereka menetap seperti di Sumatera membawalah ke Jawa, Sulawesi dan Borneo, bahkan hingga ke utara seperti Filipina, bahkan hingga ke Taiwan dan ke selatan hingga ke Papua dan Australia dan New Zealand. Mereka dari kelompok yang asal sama yang dikenali induk Melayu.
Pergerakan dan penempatan mereka lebih dari segi survival untuk hidup, di mana tempat subur dan mudah mendapat keperluan makan di situ mereka menetap. Kediaman mereka merupakan pondok-pondok yang dibina  dari bahan tumbuhan tempatan.
Pada peringkat permulaan belum timbul kesedaran bernegara dan berbangsa.. Bagi keluarga dan kelompok yang berpindah, mereka mempunyai keluarga yang lebih tua dan cergas memimpin mereka.. Jika mau dikira negara, ialah tempat mereka dan kelompok menetap. Bagi mereka yang tinggal di pulau-pulai merasa lebih selamat dari mereka yang tinggal dfi daratan, kerana ia terbuka kepada gangguan atau serangan dari luar.
Tekanan mulai dirasa oleh mereka yang tinggal di darat.. Pergerakan penduduk dari utara kerana perlu kawasan baru menggerakkan penduduk khemir dan Champa ke Selatan di Cambodia dan terhenti pergerakan mereka, kecuali melalui jalan laut ke pelabuhan seperti Pelabuhan Cahaya dan membawa mereka ke pantai Semenanjung Tanah Melayu.
Pergerakan manusia baik di Semenanjung dan pualu-pulau adalah bebas. Belum ada konsep sempadan dan negeri. Walaupun ada yang sudah dikenali dengan negeri, tidak ada halangan keluar masuk penduduknya. Pengenalan nama tempat dan negeri lebih kepada mengetahui lokasi bukan sempadan pemerintahan.
Di Tanah Melayu atau semenanjung, nama-nama negeri setengahnya diketahui lebih awal dari Melaka seperti Kedah dan Terengganu atau sezaman dengan Melaka.
Antara negeri terawal dikenali ialah Singapura, Johor,  dan Pahang. Nama Selangor adalah lebih baharu. Nama bagi negeri itu dikenali sejak zaman Melaka ialah Kelang. Tun Perak  Pahlawan Melaka adalah berasal dari Kelang. Negeri Sembilan dan Perlis adalah merupakan negeri-negeri yang kebih baharu. Walau macam mana konsep kawasan tempat tinggal yang bernama negeri sudah wujud. Dan kelompok mereka yang mendiami kawasan  adalah dikenali dengan Melayu.
Baik negeri-negeri di Semenanjung, di kepulauan yang kini dikenali dengan Indonesia kini, bahkan hingga ke Flipina, mereka hidup di dalam keadaan tradisional bertani dan menangkap ikan. Terdapat ketua-ketua kampung yang mengurus pentadbiran setempat. Pada peringkat negeri, sudah ada raja yang memerintah. Konsep penduduk yang berketurunan yang sama pada masa itu telah disedari sebagai Melayu.
Keadaan jua sama dengan  Sumatera dn Jawa dan beberapa tempat lain yang menurut sistem tradisional.        
Kejutan berlaku bia berlakunya penjajaham.
Sekian  

No comments:

Post a Comment