PIAGAM PAKATAN UMNO-PAS PERLU REALISTIK
(Fikrah Bangi: 349),
BBB: 16 Muharram 1441H. = 16 September
2019M. (Isnin).
Dalm bulan Kemerdekaan dan Kebangsaan ini
beberapa peristiwa politik penting tanahair berlaku. Ketara ialah termeterainya
Piagam Pakatan Ummah antara Umno dan Pas dan bagi pihak Kerajaan PH mengambil pendekatan `Kemakmuran Bersama` yang ditujukan
kepada negeri-negeri dan rakyat. Menurut pendekatan itu, pihak PH akan berusaha
mengimbangkan kemakmuran negera antara
negeri-negeri yang miskin dengan negeri-negeri yang kaya. Negeri-negeri yang
miskin disebut seperti Kelantan, Kedah dan Perlis.
Melihat kepada Piagam Penyatuan Ummah antara
Umno dan Pas selain dari Piagam pertama, iaitu `Menjunjung Perlembagaan Negara.
Ianya lebih menekankan penyatuan antara Umno dan Pas yang terdiri dari orang
Melayu dan Bumiputra. Konsep ummah itu sendiri membawa maksud kepada umat Islam.
Walau bagaimana terdapat klausa di dalam piagam ketiga, bahawa kesatuan Ummah bagi mensejahterakan rakyat
Malaysia. Ini diperkukuhkan di dalam Piagam keempat, bahawa mesyuarah akan
dilakukan dengan semua kaum dan agama bagi kepentingan negara. Sesungguhnya
Piagam adalah berfokus kepada orang Melayu dan Bumiputera, manakala bagi rakyat
lain difahami sebagai berkedudukan kedua dan terpinggir. Ini antara kelemahan
yang dilihat di dalam piagam berkenaan. Piagam sebenarnya lebih melihat ke
dalam, sepatutnya bersifat realistik. Adalah lebih baik jika pada Piagam ketiga
ditekankan, ``Pakatan membuka ruang kerjasama dengan semua kaum dan rakyat
Malaysia. Dan bagi piagam keempat. Bertujuan menyatupadukan rakyat dan
bekerjasama bagi mencapai kemakmuran dan kesejahteraan.
Dengan demikian rakyat bukan Melayu dan
bumiputra diberi peluang dan kedudukan
yang sama dalam kerjasama bagi mencapai
kemakmuran dan kesejahteraan. Wajar dilengkapkan piagam keempat, iaitu Mendidik
rakyat semua peringkat agar berilmu dan berperadaban dan kelima Menyatupadukan rakyat bagi mencapai kemakmuran dan kesejahteraan.
Jika disusun kembali Piagam adalah terdiri
dari lima prinsip berikut:
1) Menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan
Negara Malaysia.
2) Memperkasakan agenda Islam, Melayu dan
Bumiputra.
3) Pakatan Membuka ruang kerjasama setaraf dengan semua kaum dan rakyat Malaysia.
4) Mendidik rakyat semua peringkat agar berilmu
dan berperadaban.
5) Menyatupadukan rakyat bagi mencapai kemakmuran
dan kesejahteraan.
Dengan lima prinsip ini, walaupun kerjasama
antara Umno dan Pas, tetapi ruang terbuka bagi kerjasama dengan semua kaum
secara setaraf. Dengan demikian tidak kelihatan atau terasa bahawa kaum-kaum
yang lain bertaraf kedua dan terpinggir.
Prinsip keempat adalah penting, kita bukan
saja mau kerjasama antara Melayu-Bumiputra dan kesemua rakyat, tetapi mau
mendidik dan menjadikan rakyat semua peringkat berilmu, termasuk bidang
teknologi dan komunikasi yang mendominasi kehidupan kini. Pakatan Umno-Pas mau
mendepani pilihanraya, jadi Piagam perlu realistik dan serasi dengan kemahuan
rakyat Malaysia.
Piagam hendaklah sesuatu yang kukuh.
Pakatan Umno dan Pas hendaklah membawa prinsip yang lebih kukuh, realistik dan
terbuka atau sekurang-kurangnya setara dengan apa yang ditawarkan oleh PH.
Piagam adalah satu hal dan melaksanakannya
satu pinilaian yang lain. Rakyat mau melihat perlaksanaannya mulai kini dan
bukannya menunggu apabila berpeluang memerintah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment