September 10, 2019

NEGARA BANGSA MELAYU DI SUMATERA


NEGARA BANGSA MELAYU DI SUMATERA
(Fikrah Bangi: 343),
BBB: 10 Muharram 1441H. = 10 September 2019M. (Selasa).
Selepas Funan Senelum Masihi yang darinya melahirkan rumpun Melayu seperti Champa dan Melayu dari Segenting Kra (termasuk sebahagian dari kawasan Arakan di Barat Segenting Kra – Ada komuniti Melayu di sini)  ke Semenanjung Tanah Melayu dan penduduk di Kepulauan Indonesia kini. Maka negara bangsa yang ketara membawa identiti Melayu ialah Srivijaya. Menurut pakar sejarah, bahawa kawasan Srivijaya ialah di tempat yang bernama Melayu sekitar Jambi dan Palembang. Dijangka Srivijaya telah wujud dari awal abad Masihi lagi, tetapi tempat ini tidak begitu terkenal. Tetapi diimarahkan oleh pedagang-pelayar Melayu antara Selat Melaka ke Jawa dan sejauh hingga ke Ceylon. Kemajuan daerah Melayu Jambi-Palembang ini menonjol maju apabila mulai terbukanya hubungan laut dengan negeri China pada abad ke 5M.
Keutamaan bagi pelayar-pelayar China bukan dari segi dagangan semata-mata, tetapi membuka jalan ke India dalam mana pengaruh Buddha telah bertapak di China jauh sebelumnya. Pelayaran dari China ke India memerlukan tempat persinggahan. Pelabuhan bagi kawasan Melayu Jambi Palembang dianggap tempat yang paling baik, kerana di sini tempat teduh dari gelora laut China. Jadi Kawasan Melayu Palembang yang telah wujud dari awal Masihi itu mulai menonjol pada abad ke 5M. Kawasan Palembang Melayu Jambi ini yang mempunyai konteks seperti dengan Ceylon dan India yang kuat dengan Pengaruh Buddha itu, turut membawa pengaruh berkenaan ke  kawasan  Melayu Jambi Palembang. Selepas mempunyai konteks dengan Ceylon dan India, maka kawasan Melayu Jambi Palembang ini lebih dikenali dengan nama Srivijaya (ada pengaruh Hindu). Ianya merupakan kemunculan Negara Bangsa Melayu unggul pada abad ke 5M dan berkembang maju mulai abad ke 6M.
Adalah dicatatkan bahawa bagi pelajar-pelajar dari China yang ingin belajar keagamaan ilmu Buddha, maka bagi peringkat permulaan sebelum ke India yang berpusat pengajian di Nalanda, maka pelajar-pelajar diminta belajar pada peringkat permulaan di Sriivijaya. Ini bererti Srivijaya, bukan sdetakat pelabuhan perniagaan, tetapi adalah pusat pengajian.
Adalah dicatatkan, ramai pendita-pendita keilmuan Buddha di Srivijaya, sehingga terakam, bahawa  I tsing adalah salah seorang pelajar yang telah belajar di Nalanda di Teluk Benggal, pernah turun kembali ke SriVijaya mengerjakan terjemahan Kitab Buddha pada tahun 585M. Bagi keperluan dakwah dia kembali ke China buat sementara, tetapi datang kembali dengan empat pelajar bekerja menterjemahlkan kitab Buddha ke dalam bahasa China yang belum disiapkan . Dengan bantuan pelajar-pelajar yang datang bersama kerja terjemahan diteruskan di Srivijaya. Kerja-kerja dapat disiapkan dan mereka pulang ke China pada 692M.
Dari gambaran di atas menunjukkan bahawa Srivijaya berkembang menjadi sebuah pusat pemerintahan Melayu (Jambi-Palembang) yang maju. Tempat ini juga berkembang sebagai pusat pengajian tinggi yang melayakkan mereka yang lulus pengajian pada peringkat di Srivijaya di sini menyambung pengajian di Universiti di Nalanda, di Teluk Benggal. Srivijaya menjadi pusat kemakmuran bagi Selat Melaka, ke Jawa dan ke Ceylon, India.
Kesedaran intelektual berlaku di Srivijaya. Hasil dari segi pengajian keilmuan dan penulisan, bahasa Sanskrit dan tulisannya berkembang di Sumatera. Sebagai hasil positif kita dapati banyak tinggalan batu-batu bersurat di Sumatera. Contohnya seperti di Kedukan Bukit, Talang Two, bahkan di Palembang sendiri. Hasil-hasil batu-batu bersurat dari zaman Srivijaya dan Palembang kini terhimpun di Muzium Palembang.
Srivijaya wujud sejak awal masihi dan berkembang maju pada abad ke 5 dan 6M. Bila Islam lahir Srivijaya, tetapi kemudian  mulai lemah kerana pernah diserang oleh Raja Chola dari India, Sailendra dan Airlangga dari Jawa. Kerajaan Islam berkesempatan membuat hubungan dengan kerajaan Srivijaya pada Zaman Sayyiduna Uthma bin Affan. Dakwah berlaku di Sumatera dengan kehadiran pedagang pendakwah dari Arab pada masa pemerintahan Samudera-Pasai.
 Kerajaan Negara bangsa Melayu ini berakhir pada abad ke 13 dengan kelahiran kerajaan yang lebih kuat seperti Kerajaan Majapahit yang sezaman dengan Melaka.
Sekian

No comments:

Post a Comment