September 8, 2019

BAHASA PENYATUAN KELOMPOK


BAHASA PENYATUAN KELOMPOK
(Fikrah Bangi: 341),
BBB 08 Muharram 1441H. = 08 September 2019M. (Ahad).
Bahasa adalah faktor yang penting bagi penyatuan. Bahasa diasuh sejak seorang anak dilahirkan dan melalui bahasa berlaku komunikasi antara ibu bapa dan keluarga dan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain  dan kelomok dengan kelompok.
Pertumbuhan dan perkembangan bahasa berdasarkan keperluan. Keistimewaan bahasa Melayu adalah disebut secara suku kata bagi setiap perkataan. Peristilahan yang diberi berdasarkan sifat sesuatu benda, bentuk atau bunyi sesuatu benda.
Istilah bagi bahasa terhasil dan menjadi banyak berdasarkan tempat kegiatan. Misalnya bagi orang Melayu pada p[eringkat permulaan yang mengambil kediaman pada muara atau tepi sungai, maka istilah banyak berkait dengan tempat kediaman dan pekerjaan yang dilakukan. Misalnya banyak istilah yang berhubung dengan bercucuk tanam, kiranya mereka tinggal tepi sungai dan bercocok tanam dan menangkap ikan. Istilah-istilah yang berhubung dengan kegiatan mengangkat begitu banyak kerana ianya melibatkan kerja-kerja fizikal yang dilakukan seperti.
Bawa, angkat jinjing, usung, bimbit, pikul, tapu, tatang, dukung dan sebagainya. Setiap satu istilah mempunyai perbedaan maksud. Demikianlah dengan perbuatan-perbuatan yang lumrah dilakukan. Misalnya berhubung dengan penanaman, nelayan, hutan, binatang dan sebagainya.
Keperluan bagi mengenali bahan-bahan yang ada di keliling memerlukan pemberian nama. Misalnya nama-nama polok, nama nperalatan menangkap ikan dan memburu, perkakas-perkakas yang diguna, pakaian dan sebagainya.
Perbezaan kata tentang kegiatan kerja dan pemberian nama kepada segala yang ada di sekitaran ini melengkapkan bahasa yang diguna di dalam sesebuah kelompok menyebabkan berlaku komubikasi dengan menggunakan bahasa yang sama. Dengan demikian bahasa berkenaan berkembang. Bahasa yang berkembang ini turut sama diguna ooleh kelompok-kelompok yang lain  yang berdekatan dan berlaku keluasan perkembangan kepada semua individu di dalam masyarakat. Bahasa berkenaan dikenali dengan kelompok dan komuniti di dalam masyarakat itu. Penggunaan bahasa di dalam kelompok dan anatara kelompok berkembag secara murni dan alamiah, Sebagai contohnya bahasa Melayu berkembang dari tanah daratan dan ke pulau-pulau di laitan yang mencirikan mereka termasuk bahasa sebagai bahasa Melayu.
Walau bagaimanapun secara jangka panjang ,keasingan dan kejauhan antara kelompok biarpun persamaan terus dipertahankan, tetapi dari penggunaan dan pengaruh tempat berlain dialek  bahasa dan  berlaku perubahan dialek dan sebutan, Misalnya pertuturan mereka yang berada di tanah besar mempunyai perbezaan dielek dengan mereka yang di pulau-pulau, walau bagaimana masih difahami dan mampu berkomuikasi. Darinya juga menimbulkan kesedaran kepada menjaga dan mempertahankan bahasa dan kelompok.
Dalam komuniti timbul mereka yang dianggap sebagai orang dapat menjadi panduan bagi masyarakat yang lebih dari keluarga. Darinya diharapkan  memimpin. Mereka dikenali sebagai Ketua Kampumg. Ketua-ketua kampung ini berada di dalam kelompok-kelompok yang  memberi khidmat dan pertolongan kepada mereka. Jika ada anasir yang menceroboh dari luar, maka kepimpinan bersama kelompok nenpertahankan kedudukan, Bagi yang mendiami pulau-pulau lebih aman dari ancaman seteru  sebagaimana di darat. Walau bagaimana mereka juga terdedah kepada bencana alam seperti ribut taufan yang membentuk kecekalan bagi survivak kelompok dan diri..
Sekian.

No comments:

Post a Comment