DAKWAH SECARA ILMU
(Fikrah Bangi: 358),
BBB:
26 Muharram 1441H. = 26 September 2019M. (Khamis).
Sememangnya untuk berdakwah perlukan ilmu,
tetapi maksud di sini, bukan secara biasa, misalnya secara sosialisasi, persahabatan,
sama setempat kerja, tetapi adalah menjadikan bidang dakwah secara berkaedah, berilmu, berinstitusi dan
berstrategi serta bermatlamat.
Sebagaimana telah disebut bahawa negara
kita yang bersifat multirasial dengan paratusan penduduk beragama Islam 60% dan
selebihnya bukan Islam adalah tempat yang paling strategik bagi berdakwah.
Tetapi sebagaimana telah disebut bahawa ruang dan peluang terbuka begitu luas, tetapi
sejauhmnakan peluang ini dimanfaatkan ? Kita mempunyai badan dakwah, baik pada
peringkat negeri dan persekutuan dan juga berbagai-abagai NGO Islam, tetapi
sejauhmanakah kejayaan yang dicapai ?
Antara dakwah yang penting ialah dakwah
secara ilmu. Maksud secara ilmu ialah ada institusi ilmu yang mengkhusus dalam
bidang dakwah. Dengan institusi ini, ianya mempunyai segala infra-struktur yang
berhubung dengan dakwah. Misalnya mempunyai guru-guru yang pakar dan mengajar
di dalam bidang dakwah dan mejadikan dakwah bidang kegemaran, melatih pelajar dan kadir-kadir
dakwah, mempunyai peralatan dakwah dan, mengkaji khalayak yang menjadi folus
dakwah (mad`u), cara menyampaikan dakwah,
mempunyai bahan-bahan yang dijadikan peralatan dakwah, menyediakan
pasukan dakwah yang terlatih, mengkaji watak, sikap dan respond mereka yang
didakwah dan bagaimana menarik minat mereka terhadap dakwah dan bagaimana
follow-up yang harus dilakukan dari semasa ke semasa. Ujian dan penilaian
dilakukan secara ilmiah. Kemudian dianalisa mengapa gagal atau sebaliknya.
Di negera kita ada institusi keilmuan Islam
yang bidang dakwah menjadi salah satu bidang pengajaran. Kita mempunyai
misalnya Universiti Islam Antarabangsa,
Universiti Sains Islam, ada Kolej Universiti Islam Antarabangsa, ada Fakulti
Islam dan ada beberapa universiti yang tidak dijenama Islam, tetapi berfokus
menyampaikan keilmuan dari perspektif Islam. Kesemua universiti ini mempunyai
hasrat menyampaikan dakwah keislaman terutama kepada mereka yang bukan Islam,
tetapi kita bertanya apakah hasil dakwah terhadap masyarakat setempat,
semasyarakat dan sama senegara ? Apakah tulisan berhubung dengan penemuan
keislaman yang significant yang menjadi bahan secara langsung atau tidak
langsung dapat dijadikan bahan bukti dakwah ? Misalnya penulis akademik seperti
Maurice Bucaille yang mengkaji tentang `The Origin of Man` berasakan bukti-bukti
dri Al-Qur`an yang mengkagumkan dari segi keilmuan sehingga beliau sendiri
menganut Islam dan dapat menarik masyarakat antarabangsa menerima Islam. Contoh
lagi Izutsu Profesor pakar dalam bahasa Arab, mengkaji istilah-istilah khusus
di dalam Al-Qur`an dan banyak menemui kebenaran-kebenaran yang mengkagumkan dan
tentu menarik khalayak menerima Islam.
Tentu banyka lagi contoh yang dapat diutarakan.Apakah sudah terhasil dari
universiti-universiti Islam di negara kita penulisan yang menyerlahkan bukti
kebenaran Islam yang menarik minat dan dapat digunakan bagi mendakwah khalayak
kepada Islam.
Kita ingin melihat kaedah dakwah yang patut
digunakan bagi mendakwah masyarakat multirasial, kaedah yang dapat dijalankan secara praktikal dan
menarik. Apakah selama ini universiti-universiti hanya mengulangi di dalam pengajaran
kaedah lama dan pelajar mempelajarinya untuk lulus peperiksaan semata.
Pengalaman kita di Masjid Al-Umm sering dikunjungi
pelajar-pelajar bidang dakwah mohon
bantuan untuk keluar berdakwah. Bila di tanya, jawab mereka mau berdakwah
terhadap orang Islam seperti di Gua Musang
dan sebagainya yang fokus yang demikian dilakukan oleh
institusi-institusi yang lain, bahkan oleh bahagian dakwah di jabatan-jabatan
agama. Bila pelajar yang datang tadi di tanya, mengapa ke Gua Musang ? Katanya
kerana Orang Asli Batek di sana, walaupun sudah Islam, tetapi mereka tidak
bersolat ! Jika tidak solat, orang Islam di bandar dan kota lebih banyak yang
tidak solat. Di bandar dan di kota ramai yang belum Islam, mengapa dakwah tidak di fokuskan kepada mereka ? Metod-metod
yang releven seharusnya digunakan untuk berdakwah kepada masyarakat multi
rasial yang sepatutnya khalayak ini diutamakan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment