BADAN DAKWH DAN AGENSI KERAJAAN
(Fikrah Bangi: 355),
BBB>
23 Muharram 1441H. = 23 September 2019M. (Isnin).
Telah disebut bahawa negara Malaysia yang
mempunyai kepelbagaian kaum dan berbagai agama dan yang tidak beragama adalah
ruang dan peluang yang baik bagi berdakwah. Secara teratur dan tersusun, bahawa
di negara kita mempunyai agensi-agensi dakwah. Bagi setiap negeri ada Jabatan
Agama Islam masing-masing dan mempunyai bahagian dakwah. Puncak dari Jabatan Agama, iailah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Walaupun
pihak negeri mempunyai kebebasan dari Pusat, kerana hal Ehwal Agama adalah di
bawah kekuasaan Negeri, tetapi adalah diterima sebagai Penyelaras bagi kegiatan
Agama Islam seluruh negera dan ianya terletak di bawah kuasa Yang Di Pertuan Agung, namun negeri
mempunyai kebebasan sendiri.
Pada dasarnya baik pada peringkat JAKIM dan
Jabatan-jabatan agama negeri, semuanya adalah berfungsi sebagai pentadbir bagi
Hal Ehwal Agama Contoh pentadbiran
masjid, zakat, sekolah agama dan sebagainya.
Pada peringkat JAKIM dan Jabatan Agama
negeri-negeri mempunyai bidang dakwah. Dakwah secara luas adalah mentadbir dan
memperkembangkan pengajaran dan kefahaman Islam kepada masyarakat yang pada
umumnya adalah termasuk ditujukan kepada penganut Islam. Namun tujuan dan
maksud dakwah kepada yang bukan Islam yang sepatutnya diberi penekanan, tetapi
kurang menyerlah. Bahkan apabila disebut dakwah, maka banyak kegiatan yang
ditunjukkan ialah dakwah terhadap orang-orang asli. Memang ianya sebahagian daripada dakwah,
tetapi dakwah kepada orang-orang atau penduduk yang bukan Islam yang menjadi
sebahagian dari rakyat di negara ini kurang ketara. Mengapa ?
Sebagaimana kita sebutkan pada permulaan
Malaysia ditubuhkan usaha dakwah di Sabah dan Sarawak oleh tokoh-tokoh tertentu
begitu berjaya, tetapi kegiatan seumpama ini tidak terus berlaku, khususnya
terhadap rakyat bukan Islam di seluruh negara. Mungkin pihak jabatan-jabatan agama merasa, kerja yang sedemikian – untuk mendekati
mereka dan mencari pendekatan terbaik
tidak dapat mampu dilaksanakan. Banyak halangan sosial terpaksa didepani. Apa
yang dilihat pihak jabatan-jabatan lebih berfungsi memberi perhatian dan
bantuan terhadap muallaf-muallaf yang sudah masuk Islam.
Mereka yang masuk Islam lebih dijalankan
oleh badan-badan dakwah bebas dan sukarelawan yang mempunyai pendekatan tersendiri dengan
mendekati mereka secara peribadi dan memperkenalkan Islam kepada mereka. Cara
yang tidak formal ini dilihat sebagai cara yang lebih efektif. Tokoh-tokoh dakwah
yang berwibawa dan mampu bercakap dan menarik perhatian orang ramai termasuk
bukan Islam lebih berkesan di dalam menyampaikan dakwah, sebab itu mereka yang
berkelayakan perlu digalakkan mereka untuk berdakwah dan tidak disekat.
Badan dakwah bebas, khususnya ditubuhkan
oleh kalangan yang menganut Islam dan berusaha menarik kalangan mereka menerima
Islam dilihat lebih efektif. Misalnya lahir dari kalangan muslim di negara ini
pertubuhan muslim mereka yang antaranya dikenali dengan Malaysian Chinss Muslim
Association. Pertubuhan seperti ini tidak saja berdakwah, tetapi mendirikan
masjid dan menjalankan berbagai kegiatan kebajikan.
Pihak kerajaan dan jabatan-jabatan adalah
wajar menggalakkan pertubuhan-pertubuhan yang sedemikian dan memberi galakan
dan bantuan. Adalah wajar ditubuhkan misalnya `Persatuan India Muslim,
Persatuan Muslim Kadasazan, Persatuan Muslim Iban dan sebagainya.
Pihak Jabatan perlu memikirkan galakan dan
inisiatif bagi menyemarakkan dakwah Islam melalui pertubuhan-pertubuhan yang
sedemikian. Melalui persatuan sedemikian pihak jabatan turut bersama berada di
kalangan mereka bagi mengukuhkan dakwah Keislaman.
Pihak kerajaan tidak seharusnya mengambil sikap menunggu, tetapi
seharusnya membantu dan melalui kesatuan sedemikian dapat dijadikan perantaraan
bagi mendekati berbagai-bagai kaum yang belum Islam di negara ini.
Sekian.
Konteks tidak tersusun dan susah untuk mencari isi.
ReplyDeleteBoleh asingkan pemerengganan , selang sebaris setiap perenggan , tukar warna teks bagi isi , buat point untuk tajuk isi
ReplyDeleteBetulkan kesalahan ejaan , ia boleh mengundang ketidakpuasan hati terutamanya nama kaum tu salah ejaan
ReplyDelete