SOSIALISASI
(Fikrah Bangi: 357),
BBB: 25 Muharram 1441H. = 25 September
2019M. (Rabu).
Maksud sosialisasi ialah pergaulan antara
muslim dengan yang bukan muslim di dalam berbagai situasi dan peringkat. Faktor
ini dilihat sebagai secara tidak langsung dan lebih berlaku berbanding dengan
secara formal. Kita tidak bimbang dari segi prinsip akidah tauhid Islam, kerana
ia merupakan kekukuhan utama di dalam Islam yang dapat menarik yang bukan Islam
jika prinsip ini sampai kepada yang bukan Islam yang insya Allah secara
rasional tidak dapat ditolak. Masalahnya bagaimana prinsip ini hendak disampaikan.
Bagaimana memecahkan benteng ini adalah merupkan halangan - bermaksud untuk menyampaikan dakwah secara langsung. Ini merupakan
penghalang ketara, sedangkan kita berdepan secara langsung pihak yang mau
didakwahkan, lantaran itu, ia bagaikan tidak wujud, sedangkan ia berada
berhadapan. Inilah halangan-halangan yang tidak dapat dipecahkan.
Secara sosialisasi mereka yang bukan Islam
berada dan bergaul bersama. Keadaan ini
mungkin berlaku pada peringkat sekolah, terutama menengah dalam mana pelajar
berkawan antara yang muslim dengan yang bukan muslim, Yang bukan muslim
tertarik dengan peribadi yang muslim
tentang tingkah laku, kepercayaan dan pembawaan, membawanya turut mau memahami tentang
Islam, bahkan banyak dimaklumkan setengah dari mereka turut mengikuti pelajaran
yang berhubung dengan Islam. Apabila yang bukan Islam ini misalnya menyambung
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, keinginan mendalami tentang Islam
makin bertambah. Akhirnya melalui kawan-kawan sepengajian yang bukan Islam ini
dengan rela masuk Islam. Apa lagi jika berlaku hubungan cinta yang Islam dengan
yang bukan Islam, yang menjadi faktor tambahan untuknya menerima Islkam.
Faktor pergaulan di dalam pekerjaan menjadi
faktor penting seorang non-muslim menerima Islam. Kawan-kawan muslim yang kuat
peribadi dan akhlak keislaman selalu menjadi pendorong yang bukan Islam
tertarik dan meneriam Islam. Ini berlaku di pejabat-pejabat, guru di
sekolah, di firma-firma, di kilang,
pergaulan sukan dan berbagai-bagai lagi.
Banyak episod-episod yang berlaku. Misalnya
dapat diikuti dalam radia IKIM, bagaimana antara mereka menerima Islam. Dalam
hal ini perlu watak seorang muslim kukuh dengan peribadi keislaman dan rela
untuk membimbing nom-musloim yang ingin masuk Islam dengan sukarela membimbing
saudara yang mau masukl Islam ini.
Pada dasarnya orang Cina dan India serta
kaum-kaum lain tidak sukar untuk menerima Islam, jika pendekatan dilakukan
secara baik. Lantaran itu semua orang Islam, terutama yang terlibat dalam pergaulan
dengan yang bukan Islam perlu disedarkan dengan mesej bahawa mereka adalah duta
Islam bagi menarik yang bukan Islam kepada Islam secara tidak langsung. Kemasukan Islam
saudara bukan Islam ke dalam Islam secara sedemikian adalah banyak dan perlu
digalakkan, bukan secara paksaan, tetapi secara tidak langsung. Pihak yang
mengendalikan bidang dakwah perlu memikirkan bagaimana kaedah ini dapat diberi
galakan dan insentif dan kesedaran yang muslim tentang kewajipan dan misi
seorang Islam bagi membantu saudara yang bukan Islam untuk sama mendapat
hidayah tentang Islam.
Dalam keadaan sekarang kita dapati adalah
menjadi kebiasaan dalam satu keluarga menerima menantu saudara yang masuk
Islam. Dalam keadaan sekarang juga adalah menjadi kebiasaan di dalam satu
keluarga terdapat mereka yang Islam dari berbagai keturunan seperti China,
India, Kadazan, Murut, Bisayan, Kedayan dan sebagainya. Ini perlu digalakkan
dan harus menjadi kemegahan bagi keluarga di dalam memupuk rasa satu keluarga
sebagai satu bangsa Malaysia.
Faktor sosialisasi perlu diberi perhatian
oleh kalangan pendakwah. Mereka yang menyertai Islam hendaklah dipandang hormat
dan mulia., Sebenarnya dengan percampuran sedemikian menghasilkan turunan yang
lebih bermutu terutama dari segi minda dan juga fizikal.
Faktor ini perlu diberi perhatian dan penghormatan – terutama oleh
pendakwah=-pendakwah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment