SEMENANJUNG DAN SUMATERA JANTUNG-HATI MELAYU
(Fikrah Bangi: 344),
BBB: 11 Muharram 1441H. = 11 September
2019M. (Rabu).
Perbandingan Semenanjung dengan Sumatera
sebagai ` `Jantung-Hati` Melayu dapat dilihat dari beberapa aspek.
Dilihat dari segi fizikal,bahawa
Semenanjunbg dengan Sumatera adalah dua belahan tanah yang berdekatan. Antara
keduanya berlari laut Selat Melaka dari Lautan Hindi ke Laut China. Semenanjung
dan Sumatera sebagai pintu gerbang bagi bahagian atas dan bawah yang membuka laluan bagi perentas lautan dari utara ke selatan dan sebaliknya.
Dapat dikatakan ianya sebagai selat pelayar-pelayar, peniagapeniaga, bahklan
selat kemajuan dan peradaban.
Telah diperkatakan bahawa Semenanjung
adalah hujungan paling ke seletan bagi tanah benua Asia. Maka kedudukannya
sebagai Semenanjung adalah sebagai `Jantung` bagi benua Asia., Bahkan
Semenanjung juga dikenali sejak bahari sebagai `Semenanjung Emas`.
Manakala Sumatera adalah merupakan badan
sebelah menyebelah bagi Semenanjung dan Sumatera yang melengkapkan kewujudan
badan bagi kedua tanah berkenaan. Bahkan dapat dibandingkan sebagai hati bagi
badan `Melayu.
Jika kedua-duanya dibandingkan sebagai
badan bagi Melayu, maka bahagian atas dari badan dari dada ke atas, maka
kawasan Melayu ini merentang dari bahagian selatan Arakan di sebelah kiri ke
bahagian kanan Segenting Kra. Manala;a perluasan bagai tangan mendepa, ianya
melebar dari kiri ke kanan ke kawasan
Champa di Kemboja, sebagai sebahagianm dari kawasan perkembangan Melayu, maka
pada bahagian tengah ibarat kepala yang menjunjung tanah Asia yang ke selatan
adalah sebagai sebahagian daripada identiti Asia.
Pada bahagian bawah adalah tempat berpijak
Melayu dari tanah Jawa ke utara.
Sumatera sebagai Jantung Hati Melayu, dapat
dilihat dari segi sejarah. Sriwijaya sejak dari awal Masihi berkembang sebagai
Negara Bangsa Melayu. Ianya bertempat dilokasi di Jambi-Palimbang yang merupakan
tempat asal Melayu yang menjadi pusat pemerintahan Sriwijaya.
Dilihat dari segi percakapan, maka bahasa
di Sumatera adalah lebih dekat dengan Melayu dari bahasa Jawa. Bahaa Melayu ini menjadi bahasa
rasmi dan kebangsaan di Malaysia. Manakala Indonsia sebaik mencapai kemerdekaan
memilih bahasa Melayu, dan tidak bahasa Jawa sebagai bahasa Indonesia,
Dari Sumatera inilah, selepas Sriwijaya
lemah – diserang musuh dari Jawa dan musuh dari luar, maka diambang keruntuhan,
maka keluar dari Bukit Seguntang dari Palembang
tokoh yang kelak akan membina Empayar Melayu Melaka yang lebih
memperkukuhkan tradisi kemajuan dan budaya Melayu melalui Melaka yang
memperkukuhkan Negara Bangsa Melayu.
Melalui Jantung hati Melayu dari
Semenanjung dan Sumatera, terpupuk nilai dan budaya Melayu yang berasaskan
nilai-nilai tempatan, bahawa penduduknya beradab sopan dan bertatasusika Melayu
yang terkenal beradab sopan dan bertatasusila. Ciri-ciri tempatan ini antaranya
terpengaruh dari luar - antaranya budaya
Hindu-Buddha, tatakala mesyarakat di sinio masih dalam sifat fitrah – belum menerima
dakwah keislaman. Nilai kedua tempat ini berasimilisasi denga nilai-miai
tempatan yang lain yang menjadi identii nilai Melayu.
Kedekatan antara Semenanjung dengan
Sumatera, pada masa Jepun menjajah
kepulauan Melayu, maka Senenanjung dan Sumatera disatukan dari segi
pemerinyahan Jepun
Semenanjubg dan Sumatera adalah dua
buah wilayah yang mengukuhkan nilai
budaya dan sejarah Melayu.
Sekian.
Sama-sama tanggung Asap and Habuk...Panjangkan Usia dan Naikan taraf kesihatan awak...Ini kerana Rahmah Allah kepada Kaum Arab Melayu Islam...enjoy yah!!
ReplyDelete