September 21, 2019

TEORI PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU


TEORI PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU
(FIKRAH bANGi; 353),
BBB: 21 Muharram 1441H. =  21 September 2019M. (Sabtu).
Perkembangan  Islam di Alam Melayu adalah melalui beberapa pendekatan oleh pendakwah-pendakwah pada peringkat permulaan yang berlaku sejak zaman kerajaan Srivijaya lagi, tetapi penerimaan Islam tidak berlaku secara langsung dari pemerintah pada masa itu, tetapi melalui kawasan pinggiran. Antaranya melalui  Samudera Pasai pada akhir abad ke 13, iaitu ketika Srivijaya telah lemah.
Berbagai teori pengislaman yang dikaitkan dengan perkembangan Islam di Alam Melayu. Antara yang penting, ialah:
1)      Melalui Dakwah
Iaitu kaedah yang dituntut di dalam Islam sebagaimana ditekankan di dalam Al-Qur`an yang menuntut  umat mendakwah dan menyibarkan Islam secara berhikmah dan nasihat yang yang elok dan berberbincang dengan mereka yang didakwah dengan cara yang lebih baik. Cara  inilah digunakan oleh pendakwah-pendakwah bila berdepan dengan mereka yang didakwah, iaitu dengan menunjukkan kebaikan dan kebenaran yang dibawa Islam. Islam adalah hidayah dan rahmat, maka usaha mendakwah adalah untuk menyampaikan dakwah yang merupakan rahmat bagi yang menerima Islam.
2)      Melalui Perniagaan
Teori yang paling penting di dalam menyibarkan Islam di Alam Melayu. Pendakwah-pendakwah Islam tiba  di Alam Melayu, bahkan ke China dalam rangka perniagaan. Adalah dikatakan sejak abad ke 10 sudah ramai peniaga-peniga Islam yang terdiri dari peniaga Arab, Parsi dan lain-lain berniaga terutama di Pelabuhan Canton. Dikatakan kehadiran mereka menguasai pernigaan di pelabuhan itu menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan peniaga dan penduduk tempatan, menyebabkan berlaku pemberontakan Tani menyebabkan peniaga-peniaga berkenaan berpindah  dan memberi tumpuan ke Alam Melayu. Mereka tertumpu seperti di Sumatera, Filipina, Champa,  Patani dan di kepulauan Jawa. Adalah dikatakan mulai abad 11 berlaku kepesatan perkembangan Islam di Kepulauan Melayu. Bahan-bahan seperti rempah, hasil-hasil hutan, emas dan Perak menjadi rebutan peniaga-peniaga dengan membawa barang dagangan yang didapati pada tempat-tempat yang lain. Bagi pedagang-pedagang Islam berkenaan sambil berdagang mereka menjalankan  misi dakwah mereka dalam menyibarkan agama Islam. Pada masa berkenaan mereka tidak menghadapi cabaran dari peniaga-peniaga yang lain, khususnya Barat, kerana mereka masih di dalam zaman gelap. Hasil dari kegiatan pernigaan ini memajukan beberapa pusat dagangan tempatan seperti Pasai, Jolo (Manila), Terengganu,  Jawa, Sulawesi dan puncaknya ialah Pelabuhan Melaka.
3)       Perkahwinan
Perkahwinan adalah merupakan teori perkembangan Islam yang popular dalam mana pendakwah dan peniaga-peniaga yang tiba di sesuatu lokasi dakwah, di samping dakwah mereka juga berkahwin dengan perempuan-perempuan tempatan. Mereka dipandang tinggi dan hormat dan berkahwinan dengan mereka dianggap satu penghormatan. Biasanya mereka berkahwin dengan anak-anak perempuan pemerintah atau pembesar. Sebab itu kita dapati antara turunan diraja dan pemerintah adalah berketurunan sayyid atau mempunyai pertalian dengan tokoh-tokoh pendakwah Islam. Melalui perkahwinan merupkan cara meluaskan  penyebaran Islam.
4)      Politik
Pada zaman perkembangan Islam, maka  Islam adalah merupakan kekuasaan politik penting yang puncak kekuasaan seperti Baghdad,  Basrah,  Samarqand, Gujerat, Parsi dan sebagainya. Menerima Islam bererti berada bersama dengan negera-negara yang maju, maka bagi mendapat kemudahan termasuk perniagaan, jika berada pada kefahaman dan kepercayaan sama memudahkan kemajuan dan peningkatan kedudukan.
5)      Perlumbaan Pengaruh
Bila orang-orang Christian mulai maju, mereka mengikuti jejak orang-orang Islam ke Timur seperti ke India, Melaka, Manila, Maluku dan sebagainya mereka mau menyaingi peniaga dan pendakwah Islam seperti di India, Melaka, Manila dan sebagainya, sebab itu berlaku usaha mendakwah orang Kristian mau membawa masayarakat setempat kepada agama mereka. Setengahnya pendakwah kristian mengambil tindakan peperangan seperti berlaku di India, Melaka dan Filipina. Dalam kata lain pendakwah Islam dan Kristian berlumba-lumba mau menarik penduduk tempatan menerima agama Mereka.
Ada beberapa teori yang lain dari segi dakwah, khususnya di  Alam Melayu. Pada dasarnya kebenaran agama Islam sebagaimana di dalam pengajaran yang disampaikan menjadi faktor utama di dalam penerimaan Islam. Islam berkembang secara aman di Alam Melayu.  Kebenaran dan kekukuhan Islam tetap padu dan agama Islam tetap berpotensi untuk terus berkembang di Alam Melayu dan di mana jua.
Sekian.

No comments:

Post a Comment