September 28, 2019

HALANGAN TEMPATAN DAN TINDAKAN


HALANGAN TEMPATAN DAN TINDAKAN
(Fikrah Bangi: 360),
BBB:  28 Muharram 1441H. = 28 September 2019M. (Sabtu).
Halangan dakwah dari segfi tempatan. Antaranya dari segi politik. Orang-orang politik lebih melihat dari segi kepentingan politik dari segi dakwah. Mereka lebih melihat dari segi kesan kepada solongan politik, jika didakwah secara langsung sebagaimana dilakukan oleh Tun Mustafa, Tun Abdul Rahman Ya`kob. Jika dilakukan dakwah secara langsung kepada non-muslim, maka implikasinya akan mengakibatkan kurang sokongan politik, terutama dari yang bukan Islam. Apa yang dicakapkan ialah mengambil saecara partial tentang Islam dan dipamirkan tentang keistimewaan dan tidak cuba menyentuh secara syumul sebagaimana yang seharusnya. Ini dilakukan melalui media. Adalah diterima ada kesannya, tetapi kurang dari segi maksimum dan kesungguhan.
Imej masyarakat Islam di Malaysia, walaupun di dalam keadaan majoriti, tetapi dilihat antaranya lebih mundur dari segi ekonomi dan taraf hidup sosial, apa lagi orang Islam bukan menunjukkan imej yang baik yang menyebakna kurang daya tarikan untuk yang bukan Islam untuk menerima Islam. Dalam kata lain masyarakat yang kurang maju merasa `Takut` untuk mendekati, apa lagi menarikmereka kepada Islam.
Yang lebih kuat dan berpengaruh kini ialah watak-watak intelektual yang dapat bercakap secara menarik atau lebih daripada itu yang dapat menarik masyarakat yang non-Islam memberi perhatian, jika pun tidak terus menerima Islam, Forum Perdana pada setiap malam Juma`at adalah contoh yang menarik dan dapat menarik khalayak pendengar, tetapi adakah yang bukan Islam turut mendengar ? Watak seperti Zakir Naik adalah sesuai diketengahkan kepada masyarakat yang bukan Islam tentang Islam.
 Antara pendekatan yang baik adalah wajar diadakan dialog antara agama, dialog peradaban dan perbandingan agama yang dapat dihadiri oleh semua kaum. Tetapi adakah tokoh-tokoh umpamanya dari universiti-universiti mampu bercakap tentang dialog peradaban dan perbandingan agama.  Jika ada kemampuan wajar slot tv disediakan sebanyak misalnya sebulan sekali.
Satu cara ialah menjemput rokoh Islam antara bangsa untuk tiga bulan sekali yanbg dapat bercakap tentang Islam secara menarik misalnya  Yusof al-Qaradhawi dan profesor-profesor tentang tamadun  dan Peradaban Islam dari Barat  atau dari mana jika berkemampuan.
Satu yang menghalang yang bukan Islam untuk mendekati Islam, ialah kelemahan imej mereka yang masuk Islam yang dikenali dengan muallaf. Sudajh menjadi imej dominan, apabila seorang yang bukan Islam masuk Islam, mereka membawa imej yang lemah. Bahawa mereka akan jadi peminta bantuan jika tidak meminta sedekah, malas bekerja dan berkehidupan susah. Imej ini amat merosakkan imej masyarakat umat dan menjadi penyebab pihak yang bukan Islam tidak mau mendekati Islam. Pihak yang berkuasa mulai dari pihak JAKIM membawalah kepada jabatan-jabatan agama, pusat-pusat pengajian tinggi dan badan-badan dakwah dapat membaiki dan merubah imej muallaf yang dilihat membawa berbagai-bagai masalah bagi masyarakat ummah. Pihak MACMA wajar diajak berunding.
Dari segi dakwah, kita tidak berharap pada orang politik yang banyak berrhetorik dari bertindak secara konkrit dari segi dakwah dan penyebaran Islam. Badan-badan yang tidak bersifat politik lebih  bebas dan terbuka dari segi dakwah. Mereka ini perlu membuat pendekatan dan menyusun kembali dari segi dakwah yang dapat masuk ke dalam masyarakat multirasial di negara kita.
Kerjasama dari berbagai-bagai pihak amat diperlukan bagi mengatur langkah dan melaksanakan dakwah secara berkesan..
Sekian.

No comments:

Post a Comment