September 17, 2019

MEMPERKASAKAN PEMBANGKANG MELALUI KERAJAAN CAMPURAN


MEMPERKASAKAN  PEMBANGKANG MELALUI KERAJAAN CAMPURAN                                                                                                                                                                                                                                     
(Fikrah Bangi: 349),
BBB: 17 Muharram 1441H. = 17 September 2019M. (Selasa).
Sebagai rakyat biasa kita mau melihat perkembangan politik yang sihat yang dapat memandu negara kepada kemajuan yang dapat dinikmati rakyat secara saksama. Pihak pemerintah mempunyai kekuatan, kerana pemerintah berada di tangannya dan peluang baginya melakukan apa yang difikirkan baik dapat dilakukan, jika menurut haluan yang betul.
Perkembangan mutakhir memperlihatkan pihak pembangkang mengambil pendekatan yang positif, iaitu dengan menyatukan barisan pembangkang ke dalam satu wawasan yang dinamakan `Penyatuan Ummah` Diharap ianya akan dikembangkan kepada yang releven dengan situasi Malaysia. Diharap juga ianya berkembang kepada sistem dua parti di negara ini.
Pendekatan yang lebih positif tentang Penyatuan Ummah yang dimeteraikan pada pertengahan Muharram/September itu  mencadangkan agar diwujudkan `Kerajaan Campuran` di antara negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis. Boleh disertai negeri-negeri lain, jika releven.  Kita berpendat ianya adalah cadangan yang baik dan perlu dilaksanakan segera. Dengan wujudnya kerajaan campuran ini mengukuhkan kerjasama antara pembangkang dan melaluinya pihak pembangkang dapat merealisasikan kepada rakyat model politik, pentadbiran dan pemerintahan yang bakal dilaksanakan, jika diberi peluang memerintah pada peringkat pusat.
Dalam kadar segeri parti-parti politik berkenaan – Umno dan Pas dan kerajaan-kerajaan negeri berkenaan perlu segera bertemu dan berbincang konsep kerajaan yang akan dilaksanakan. Selain dari orang politik yang berkenaan perlu juga dijemput intelektual dan pakar dalam bidang politik dan pemerintahan bagi membincangkan konsep Kerajaan Campuran atau dijenamakan dengan nama yang lain seperti Kerajaan Alternatif, Kerajaan Pilihan, Kerajaan Sejahtera dan sebagainya. Kelompok yang merupakan `Think Tank` ini perlu diteruskan dengan keanggotaan  boleh berubah menurut keperluan.
Bagi kerajaan campuran ini, wakil setiap parti dalam kerajaan campuran ini perlu ada di dalam Dewan-Dewan negeri-negeri berkenaan. Kerajaan campuran ini juga perlu mewujudkan Kabinet Bayangan yang memantau pemerintah Pusat. Dalam Kabinet Bayangan itu perlu ada anggota yang memantau portfolia yang ada dalam kabinet pemerintahan Pusat. Ianya mungkin bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh pihak Pusat, atau membangkang dan mengkritik dan memberi cadangan alternatif yang lebih baik. Badan Think Tank ini juga boleh memberi nasihat dan cadangan kepada negeri-negeri apa yang difikirkan baik dan berfaedah. Badan ini tidak semata-mata bergantung pada ahli-ahli yang dilantik, sebaliknya berfungsi sebagai badan yang juga mencadangkan wujudnya  seminar, berbincangan dan pertukaran fikiran antara pihak kerajaan Campuran dengan tokoh-tokoh dan pakar-pakar yang dijemput menyampaikan pandangan.
Pada peringkat negeri perlu ada:
1)      Jawatankuasa politik yang mentyelaraskan kegiatan politik pada peringkat negeri, antara negeri-negeri dan parti-parti.
2)      Jawatankuasa Pentadbiran bagi melaksanakan pentadbiran yang terbaik di negeri-negeri kerajaan campuran
3)      Jawatankuasa Kebajikan dan kemasyarakatan pada peringkat negeri dan antara negeri
4)      Jawatankuasa keilmuan dan pendidikan dalam berbagai bidang yang perlu dilaksanakan di dalam  masyarakat.
5)      Jawatankuasa Ekonomi yang dapat membantu kehidupan, ekonomi dan kerjaya rakyat.
6)      Jawatankuasa Kesihatan yang dapat menjaga kesihatan rakyat.
7)      Jawatankuasa Hubungan antara kaum bagi menjamin keharmonian.
8)      Jawatankuasa pelancongan yang menarik pihak luar datang ke negeri-negeri Kerajaan Campuran
9)      Jawatankuasa Belia dan NGO - peranan di dalam memajukan masyarakat.
10)   Jawatankuasa Komunikasi dengan menggunakan kaedah komunikasi terkini bagi menyampai dan menerima maklumat dan tindakan terhadapnya.
Boleh ditambah bidang-bidang lain yang difikirkan perlu. Pastikan semua jawatankuasa ini bergerak aktif dan dipimpin oleh mereka yang berwibawa dan diselaraskan.
Diharapkan dengan pendekatan yang pro-aktif imej Kerajaan Campuran akan menyerlah dan mendapat sanjungan dan kerjasama rakyat.
Sekian.

No comments:

Post a Comment