September 7, 2019

MELAYU BANGSA MARITIM


MELAYU BANGSA  MARITIM
(Fikrah Bangi: 340),
BBB:  07 Muharram 1440H. = 07 Septem,ber 2019M. (Sabtu).
Selain dari Melayu adalah bangsa `Daratan` sebagaimana wujudnya mereka pada Tanah Semenanjung hingga ke Segenting Kra dan di Tanah Champa di Kemboja, mereka yang paling utama adalah `Bangsa Meritim (Lautan). Penyebaran mereka adalah amat luas, tetapi walaupun kelihatan bahawa penyebaran mereka di tanah daratan adalah kecil dari kawasan lautan, tetapi kawasan ini penting. Sem,enanjung Tanah Melayu adalah merupakan bahagian paling selatan bagi Benua Asia.  Pergerakan mereka dari utara ke selatan dan seterusnya tersebar di kawasan maritim yang begitu luas adalah melalui daratan yang paling ke selatan bagi Benua Asia. Dalam erti kata lain, bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah jalan darat utama sejak zaman purba yang menjadi laluan  purba Melayu turun ke Selatan dan seterusnya tersebar luas di kawasan antara Lautan Pasifik dan Lautan India.. Sebagai contoh menandakan ketuaan Semenanjung Tanah Melayu sebagai laluan daratan pergeraklan mereka ke selatan ialah dengan penemuan `Perak Man` yang berusia lebih dari 10 ribu tahun itu.
Semenanjung bukan saja jalan paling lanjut ke selatan, tetapi keliling tanah Semenanjung ini adalah lautan yang menjadi medan mereka bergerak ke kawasan lautan yang lebih jauh ke selatan dan ke timur dan barat.  Peralatan kayu bagi kemudahan mereka membuat perahu dan seumpama dengannya banyak terdapat di Semenanjung. Batang-batang kayu yang besar-besar ini diruntuhkan melalui senjata kapak, parang dan beliong yang merupakan senjata awal bagi mereka membuat kenderaan laut. Pada peringkat awal mereka berlatih mencabar lautan dari pantai-pantai keliling Semenanjung dan akhirnya dari latihan yang dibuat, bahkan dari usaha mereka mendapatkan makanan dari laut membawa mereka lebih ke tengah ke laut dan akhirnya mereka berpindah dari pulau ke pulau. (Nama-nama kawasan adalah dengan meminjam nama kini, pada hakikatnya belum bernama atau nama lain dari nama-nama kini).
Penyebaran mereka mengambil masa yang lama hingga puluh ribuan tahun. Mereka berkembang dan berpindah ke tanah yang dekat dan subur untuk kehidupan seperti ke pulau-pulau berdekatan dengan Tanah Semenanjung seperti di Kepulauan Riau di selatan dan Pulau Sumatera di sebelah barat. Kemudian lebih ke selatan hingga ke kepulauan Jawa, dan Sulawesi dan Borneo, seterusnya meningkat ke atas hingga ke kepulauan Filipina.
Fasa penyebaran lanjut adalah berlaku ke kawasan paling selatan seperti ke Papua  dan ke Australia (termasuk Tasmania) dan meningkat ke New Zealand. Orang-orang asli di Papua, Australia dan Mouri adalah antara Melayu asli yang turun berkembang ke selatan dan utara.
Perluasan lanjut keturunan Melayu  ke Timur hingga ke Tongga dan Hawai, manakala ke utara sampai ke Taiwan, manakala ke barat sampai ke Madagaskar. Bukti-bukti linguistik dan fizikal menunjukkan bahasa-bahasa di berbagai tempat ini adalah sama, iaitu bahasa Melayu purba. Penulis mengelak dari menggunakan istilah Austronesia, kerana istilah Austro adalah luar dan baharu dan tidak mencerminkan Melayu dan tempatan.
Jelas tebaran Melayu  adalah amat luas. Ianya bukan saja bersifat pulau-pulau yang dikenali sebagai Malay Archipalago dalam maksud yang lebih luas, tetapi bangsa Melayu ini ini mengawal dan mendominasi ruang lautan yang luas dari Asia Selatan ke timur hingga  ke tengah lautan Pasifik dan ke utara hingga ke Taiwan, manakala pada bahagian barat ialah Madagaskar. Bangsa Melayu ini lebih memilih kawasan yang subur seperti Jawa yang hingga kini paling padat, diikuti seperti kawasan Sumatera, Borneo. Walaupun mereka telah sampai peringkata awal ke Papua dan Australia, tempat ini dianggap begitu jauh dan sebahagian besar dari kawasannya adalah kering berpadang pasir. Kawasan suburnya adalah lebih kepada bahagian selatan. Lantaran itu Melayu awal tidak begitu ramai di Australia. Apabila barat datang Melayu awal yang dianggap sebagai bushmen ini di bunuh  dan tinggal agak sedikit dan dengan senjata dan teknologi yang lebih moden mereka menguasai Australia. Manakala penduduk asal di New Zealand, iaitu orang-orang yang kini dikenali dengan Mouri, lebih ramai dan cerdek serta kuat dari segi fizikal, mereka tidak dapat dihapuskan, lantaran mendapat tentangan. Mereka menguasai tanah New Zealang dengan penempatan dari luar yang mengatasi majoriti penduduk asal Melayu New Zealand.
Pencak pergerakan Melayu awal ke utara, ialah sampai ke Taiwan. Melayu asal di sini pada akhirnya terdesak dengan pendatang Cina dari tanah Besar Cina, mereka bukan saja mengambil tempat di Taiwan, tetapi juga di kawasan Jepum kini (Suku kata bahasa Jepun sebenarnya lebih dekat dengan bahasa Melayu dari bahasa Cina, walaupun tulisannya mendekati tulisan Cina dan Korea)..
Pada peringkat awal penyebaran Melayu di kawasan yang begitu luas mengawal  pintu masuk ke Pasifik dan Lautan India dan ke selatan di Australia adalah sebagai kependudukan awal dan belum timbul istilah negara dan negeri. Bahasa mereka yang asalnya satu makin berubah dan berbeza oleh kerana pengaruh tempatan dan  akibat oleh kejauhan. Tetapi dari kajian linguistik bahasa penduduk kawasan yang begitu luas ini, dari segi bahasa asli adalah bahasa Melayu.
Sekian.

No comments:

Post a Comment