ISU-ISU MENGENAI AL-HIJRAH
(Fikrah Bangi: 335),
BBB: 02 Muharram 1441H. = 02 September
2019M. (Isnin):
Sempena menyambut Hijratul Rasul bagi tahun
`1441 malam tadi diadakan Majlis Munazarah berhubung dengan persoalan Hijrah di
Masjid Al-Umm yang disampaikan oleh Sahibul Samahah Dato` Seri Dr. Zulkifli
al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan. Kaedah Munazarah ini ialah dengan
mengemukakan satu persatu soalan oleh
Pengerusi majlis saudara Feisal Setiausaha Jawatankuasa Tadbitr Urus Masjid
Al-Umm dan dijawab oleh Tuan Mufti..
Sebelum dari menjawab soalan, Sahibul Samahah menyampaikan muqaddimah dengan menyebut
bahawa, setiap tiba awal tahun, kita menyambutnya dengan memasang azam dan harapan,
tetapi kita sering lupa, dalam meneruskan azam dan harapan, antara kita yang
sakit, namun masih diberi peluang hidup
semoga berpeluang untuk bertaubat dan membetulkan diri ke arah yang lebih baik,
tetapi ada yang tiba-tiba meninggal secara mengejut seperti kemalangan dan
sebagainya. Ini mengingatkan kita, betapa hidup ini terlalu rapuh dan
sepatutnya menjadikan diri sentiasa
bermuhasabah dan meneruskan hidup secara lebih baik.
Soalan pertama yang dikemukakan kepada
Sahibul Samahah ialah tentang Negara Rahmat Rakyat Sejahtera.
Menurut Sahibul Samahah, tema sesuatu yang
diungkapkan, biasanya mencerminkan hasrat yang mau dicapai. Ianya mencerminkan
hasrat pemerintah yang berusaha bagi membolehkan rakyat mencapai kesejahteraan.
Kesejahtreraan tidak dapat dicapai melainkan dengan adanya
plan untuk bertindak sehingga apa yang dihasratkan dapat dicapai.
Mengambil ibrah dari Hijrah al-Rasul, Baginda
menyatukan kaum Auf dan Khazraj.. Mereka
disatukan dengan Kaum Khazraj yang mereka dikenali sebagai kaum Ansar yang
disatukan dengan kaum Muhajirin. Mereka dipersaudarakan dan bersatu menegkkan
Negara Madinah. Negara Islam yang merupakan
bertaraf tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
Sahibul Samahah juga dikemukana soalan
tentang bila Tahun Hijrah digunakan.
Beliau menerangkan bahawa sememangnya pada
peringkat permulaan Islam belum timbul tenang penggunaan tahun Hijrah. Tiada
jua penggunaannya pada zaman Abu Bakar al-Siddiq. Bila negera Islam berkembang
dan hubungan berlaku termasuk dengan
negara luar. Berlaku komunikasi surat mmenyurat. Contoh-contoh surat-surat dari
luar menggunakan tarikh berdasarkan peristiwa penting dalam sejarah mereka
dijadiakn tarikh bagi tahun mereka. Orang Kristian menggunakan tahun kelahiran
Nabi Isa dan demikian dengan negara-negara yang lain.
Sayyiduna `Umar al-Khattab bermesyuarat
bagi memilih permulaan tarikh tahun Islam. Pada akhirnya dipersetujui Umar
bahawa Peristiwa Hijrah adalah tarikh penting. Dengan berhijrah memulakan
perubahan besar bagi umat Islam. Hijrah memisahkan antara kebenaran dan
kebatilan. Dengan itu Peristiwa Hijrah dijadikan awal tahun Hijrah bermula
dengan al-Muharram.
Antara persoalan yang ditimbulkan ialah
tentang konsep `Ikhtilaf al-Ummah rahmat. Yang dicontohi misalnya perbezaan pendapat di dalam
mazhab, memberi pilihan terbaik. Tentang fitnah akhir zaman yang diakibatkan
oleh IT dan Teknologi moden. Menurut
Sahibul Samahah, kita perlu memilih dan hendaklah berdasarkan ilmu di dalam
tindakan, tetapi tidak kepada sangkaan yang boleh membinasakan. Kita perlu
berwaspada dan tidak menyebarkan sesuatu yang tidak sahih yang boleh
membinasakan diri individu, tetapi boleh menghuruharakan masyarakat dan negara.
Sekian.
No comments:
Post a Comment