September 13, 2019

MENGGABUNGKAN UNISZA DAN UMT LANGKAH MUNDUR KE BELAKANG


MENGGABUNGKAN UNISZA DAN UMT LANGKAH MUNDUR KE BELAKANG
(Fikrah Bang: 346),
BBB: 13 Muharram 1441H. = 13 September 2019M. (Juma`at).
Cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia mau menggabungkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) boleh disifatkan sebagai langkah mundur dan merosakkan  sistem dan identiti pendidikan di negeri Terengganu, khususny bagi UNISZA.
 Negeri Terengganu adalah salah sebuah negeri yang awal mewujudkan sistem persekolahan agama di Tanah Melayu, iaitu sejak 1925, selari dengan kewujudan sekolah-sekolah `Arab seperti Madrasah al-Mashhur Pulau Pinang, Al-Attas di Johor, Ma`had al-Muhammadi di Kelantan, Maktab Sultan Abu Bakar di Pahang.
Perkembangan pengajain persekolahan agama di Terengganu ini berkembang secara evolusi, bermula dari Sekolah Sultan Zainal Abidin Ibtida`i di Ladang, Kuala Terengganu, kemudian di wujudkan Madrasah al-Thanawiah Sultan Zainal Abidin pada `1958 di Batu Buruk, Kuala Terengganu, diwujudkan setiap daerah di Terengganu Sekolah Arab dan berterusan hingga kini. Kelulusan Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin (SMUSZA) melayakkan pelajar lulusannya menyambung pengajian ke luar dan dalam negeri.  Sekolah berkenaan  banyak mengeluarkan ulama`, pemimpin politik dan  dan berbagai bidang di tanahair.
Sesuai dengan perkembangan pendidikan tanahair dan kemajuan pendidikan agama, maka  bagi meningkatkan pengajian beraliran agama ini diwujudkan pengajian peringkat Kolej pada  1990an bertempat di Gong Badak di Kuala Terengganu. Bagi peningkatan pengajian kolej ini dinaikkan tarafnya sejak sedehad yang lalu menjadi UNISZA. Ia adalah kemuncak kemajuan pendidikan agama di negeri Terengganu di bawah pentadbiran  negeri, manakala UMT diwujudkan di Terengganu lebih sedekad yang lalu, kerana menurut polisi kerajaan Persekutuan mewujudkan sebuah universiti kerajaan Persekutuan pada setiap negeri. Pengajian di UMT adalah sebagaimana pengajian di universiti-universiti negeri-negeri yang lain yang pada umumnya dianggap rendah berbandiing dengan universiti-universiti awam kerajaan terutama yang bertempat di Kuala Lumpur. Jalan ke arah menyatukan KUSZA dan UMT ialah oleh kerana pada masa pemerintahan Terengganu di bawah BN  sebelum kerajaan Pas sekarang pihak kerajaan Persekutuan telah mengambil alih pentadbiran UNISZA di bawah kerajaan Persekutuan. Dan kerana UNISZA bukan lagi di bawah kuasa negeri, membuka ruang ke arah penyatuan.
 Yang menimbulkan pertanyaan, mengapa di Terengganu mau digabungkan, tetapi tidak di negeri-negeri yang lain seperti di Perak, di Selangor dan beberapa negeri yang lain ?
Implikasi dari cadangan menggabungkan keduapengajian tinggi dilihat.
·         Cadangan jika dilaksanakan akan memalapkan sistem pendidikan Islam di Terengganu yang mempunyai pendekatan pengajian dari peringkat rendah ke peringkat universitiu.
·         Menenggelamkan imej dan identiti UNISZA yang berkembang dengan baik sejak dinaiktaraf kepada peringkat universiti.
·         Kerajaan Persekutuan dilihat sengaja menganaktirikan pengajian agama yang telah berakarumbi di negeri Terengganu.
·         Rancangan penggabungan tanpa berunding dengan kerajan negeri dan tanpa persetujuan dari pihak universiti dilihat angkuh dan tidak menghormati  misi dan visi pendidikan negeri.
·         Dilihat kerajaan Persekutuan  gopoh dan hilang pedoman sebagai gopohnya mau menghapuskan maktab-maktab- perguruan di negara ini.
·         Adalah dilihat kerajaan hilang kemampuan kewangan negara, hingga sebab kekurangan kewangan perkara penting seperti pendidikan menjadi mangsa.
Hakikatnya banyak pusat pendidikan bagi sesebuah negara dan tempat, mencerminkan kemajuan negara dan negeri. Ianya pendekatan yang betul dengan mengutakan ilmu, bukan menghapuskan atau mengurangkan,
Bantahan pihak UNISZA dan pelajar-pelajar adalah wajar. Kita berpendapat rakyat di negeri Terengganu pasti sama menentang rancangan mau menggabungkan dua pengajian tinggi yang telah establish di negeri itu.
Pihak berkuasa tidak seharusnya mengambil sikap mundur ke belakang.
Sekian.

No comments:

Post a Comment