SLOGAN DEMI SLOGAN MENGHILANG
(Fikrah Bangi: 348),
BBB: 15 Muharram 1441H. = 15 September
2019M. (Ahad).
Slogan selalunya merupakan ungkapan-ungkapan
padat yang merumuskan inti pandangan,
wawasan dan matlamat perjuangan sesuatu organisasi, institusi, persatuan,
bahkan parti. Tujuannya bagi menjadi panduan, arah perjuangan bagi sesuatu
organisasi atau sesuatu organisasi berkenaan. Parti-parti politik adalah antara
badan yang menggunakan slogan bertujuan
antaranya bagi menaikkan semangat ahli-ahli dan mereka yang sama
memperjuangkan sesuatu matlamat perjuangan.
Misalnya pada peringkat awal penubuhan Umno, maka parti itu
menggunakan slogan ``Hidup Melayu !``, tetapi selepas itu, terutama selepas
kemerdekaan slogan yang digunakan bagi membangkitkan semangat ialah ``Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !`` Slogan ini
kekal releven dan popular sehingga sekarang, khususnya diungkap bila diadakan
upacara-upacara sambutan kemerdekaan.
Pemimpin yang banyak menggunakan slogan
ialah Dr. (Tun) Mahathir Mohammad. Bila beliau dilantik menjadi Perdana Menteri
Malaysia bagi penggal pertama, maka dari tahun-tahun 1980an beliau merekacipta
slogan-slogan yang membayangkan dinamik kepimpinannya. Slogan yang pernah digunakan ialah ``Wawasan
2020` yang mencerminkan bahawa pada masa 2020 itu Malaysia menjadi negara maju.
Tapi beliau sendiri mengakui bahawa matlamat dari slogan itu, tidak sepenuhnya
tercapai dan ada semacam perubahan kepada tarikh yang lain 2025 ? atau 2030 ?
yang dijangka Malaysia akan maju ?
Satu lagi slogan popular yang dicipta
beliau ialah `Pandang Ke Timur` lebih bermaksud pandang ke Jepun yang dianggap
negara maju dan wajar dicontohi, slogan ini masih digunakan. Tapi pandangan
terus dihalakan, tapi kemajuan Malaysia masih
tidak bergerak maju seperti Jepun atau kini Korea Selatan dan China.
Pada masa Tun Abdullah Badawi menjadi
Perdana Menteri (2004), beliau dilihat sebagai orang agama, maka slogan yang dicipta
pada zamannya ialah `Islam Hadari` bermaksud Malaysia mau digerak
berinspirasikan `Islam Hadari` yakni moden dan maju dan terkini. Banyak
dibincang dan dikritik slogan ini. Walau bagaimana model negara Malaysia sebagai negara Islam
Hadari itu, tidak jelas dan tiada kemajuan
yang dapat dicontohi. Konsep Islam Hadari diteruskan dengan wujudnya Institut
Islam Hadari di UKM. Kinii institut ini
bermasalah, tiada peruntukan bagi kegiatannya. Mungkin ia akan mati
begitu sahaja.
Bila Datuk Seri Najib naik menjadi Perdana
Menteri, beliau juga turut mengungkapkan slogan bagi menjadi slogan dan panduan
pada era pemerintahannya. Antaranya ``Satu` lambang nombot satu ini menjadi
hiasan pada baju pemimpin dan pada berbagai tempat yang mencerminkan hasrat
pemerintahan pada zamannya, Banyak projek juga menggunakan `Satu`, misalnmya
`Klinik Satu Malaysia`, `Kedai Satu Malaysia` dan berbagai satu lagi. Pada
akhir pemerintahanya beliau menggunakan istilah `Wasatiyyah` yang mencerminkan pendekatan
pemerintahannya adalah secara wasatiyyah yang bermaksud `Sederhana` atau `Jalan
Tengah` Tapi akhirnya tidak jelas dari segi pencapaian wasatiyyah ini.
Pada zaman pemerintahan bagi penggal kedua
Dr. Mahathir, tumpuan utama beliau ialah `Membasmi Rasuah`. Banyak mereka yang
terseret ke mahkamah dan menghadapi tuduhan rasuah. Pembasmian rasuah adalah
menjadi identiti bagi diri dan pemerintahannya. Tapi beberapa hari ini timbul
slogan baru bagi PH – pemerintah kini, iaitu `Kemakmuran Bersama`, bermaksud
bertujuan memberi keadilan terhadap misalnya negeri yang kurang maju seperti
Kelantan dan beberapa negeri yang lain. Memberi perhatian terhadap luar bandar
yang dianggap kurang maju supaya sama maju dengan bandar dan sebagainya. Slogan
ini tidak origin, ianya diciplak dari konsep Negara.Negara Komanwel bekas tanah
jajahanb pemerintahan British. Tapi dalam keadaan sekarang dalam mana negara menghadapi masalah hutang
dan kekurangan kewangan sehingga akan tiada pencen bagi pekerja-pekerja akan
datang, mau ditutup semua maktab perguruan, mau disatukan pusat pengajian bagi mengurangkan
kos seperti antara UMT dan Unisza di Terengganu dan berbagai-abagai masalah
lagi, bagaimanakah kemakmuran bersama
ini mau dilakukan ?
Perlu diingat apa yang dislogankan yang
telah lepas itu hampir semuanya tidak mencapai matlamat dan tidak berjaya.
Dapatlah dikatakan slogan-slogan berkenaan adalah indah khabar dari rupa. Sedap
didengar dan tiada apa.
Sebab itu jangan terpengaruh sangat dengan
slogan. Yang pasti slogan datang dan pergi dan tiada kesan yang ditinggalkan,
khususnya apabila pemimpin itu turut pergi !.
Sekian.
No comments:
Post a Comment