10.00 pagi: ADUN Bangi berkunjung ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Yoke Min, Pekan Bangi disambut YDP PIBG Encik Lau Jart Chin dan beberapa AJK. Turut mengiringi ADUN Ahli MPKj En. Mazwan, Ketua JKKB Pekan Bangi Encik Marzuki dan Puan Jannet Ketua Kelab Penyokong Pas Tionghua Pekan Bangi. Tujuan ADUN dan rombongan datang bagi menyampaikan sejumlah 160 buah Kamus Bahasa Cina untuk diagih-agihkan kepada murid-murid di Sekolah tersebut.
Pada upacara ringkas itu Encik Lau berucap berterima kasih di atas kesudian ADUN buat pertama kali berkunjung ke sekolah tersebut untuk menyampaikan kamus kepada murid-murid melalui PIBG. Menurut En. Lau Sekolah Yoke Min yang terdiri dari dua bangunan di atas tanah 2 ekar adalah sepenuhnya hasil dari derma penduduk yang diusahakan oleh Lembaga Pengelola Sekolah, tiada sebarang peruntukan kerajaan ! Kos bangunan ialah RM800,000/= . Sekolah ini baru berpindah dari sekolah lama beberapa tahun lepas dan masih kekurangan dari segi peralatan,
Sekolah ini yang Guru Besarnya (Pn. Tan Siew Hock) tak dapat hadir, kerana ada tugas mengejut di Kuala Lumpur), menurut En. Lau mempunyai 193 murid dengan 17 orang guru. Hanya ada satu kelas bagi setiap tahun satu hingga lima. Apa yang menarik sungguhpun sekolah Cina. Murid-muridnya adalah multirasial. Daripada 193 orang murid itu 35% daripadanya adalah murid-murid Melayu dan 10% adalah murid-murid dari keturunan India. Ini bererti hanya sedikit lebih dari separuh sahaja (55%) murid-murid Cina. AJK PIBG sekolah ini juga antaranya dua dari mereka adalah Melayu, di samping AJK India. Di sekolah ini terdapat seorang guru agama Islam.
Sekolah ini adalah sekolah kedua terbaik selepas Sekolah Yu Hwa Kajang di Hulu Langat. Ini bererti sekolah ini menjadi sekolah rebutan bagi ibu bapa sama ada Cina, Melayu dan India untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sini. Walau macam mana, untuk masuk ke sekolah ini, murid-murid disyaratkan mesti belajar melalui Tadika Cina di sini yang paling minimum hendaklah mendapat didikan Tadika Cina selama setahun.
(Gambar ; AJK PIBG dan AJK JKKB bersama ADUN Bangi)
Sekian. Terima kasih.

Di dalam ucapannya ADUN Bangi, mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG sekolah yang memberi peluang ADUN dan rombongan hadir ke sekolah bagi menyempaikan Kamus atau Chinese Dictionary dan berpeluang bertemu AJK PIBG. Menurut ADUN beliau memilih untuk menyampaikan Kamus ke Sekolah Yoke Min, kerana kamus ialah kandungan ilmu dan arkib budaya bangsa. Perkataan-perkataan dan istilah-istilah di dalam kamus ialah himpunan maklumat orang Cina, ilmu, budaya, seni dan jiwa bangsa Cina yang tercipta dan terhimpun sejak dahulu kala hingga kini. Pemberian kamus secara simbolik ialah penyerahan alat dan sumber ilmu dan berbagai lagi yang boleh diteroka oleh murid-murid. Adalah diharapkan melalui kamus dapat membantu meningkatkan pembelajaran murid-murid.
ADUN bergembira mendapat tahu sekolah Yoke Min adalah antara sekolah terbaik di Hulu Langat. Sudah tentu ramai daripada murid-murid keluaran sekolah ini merupakan orang-orang yang berjaya di dalam lapangan masing-masing. ADUN sukacita bekerjasama dengan pihak sekolah. Sebarang keperluan harap dapat dimaklum atau dipohon dari pihak ADUN. Sebagaimana dimaklum, oleh kerana sekolah baru berpindah dan masih kurang dari segi peralatan, contoh perpustakaan masih kurang dari buku-buku. Ini boleh dibincangkan bagi kita berusaha untuk menambahkan koleksi buku di sekolah ini. Adalah diharapkan hubungan baik ini berterusan dan berharap ADUN akan berpeluang datang lagi ke sekolah ini pada masa akan datang.
(Gambar ; AJK PIBG dan AJK JKKB bersama ADUN Bangi)
Walaupun I tinggal di kajang sekian lama, saya tidak tahu pun wujudnya sekolah ini. Nampaknya, sekolah ini lebih muhibbah daripada kebanyakan sekolah di Malaysia.
ReplyDeleteSaya berhasrat menghantar anak ke tadika cina dan ingin mendapatkan maklumat dan lokasi tabika cina di bangi
ReplyDelete