Setiap bulan yang datang membawa identitinya yang tersendiri, Ramadhan dengan kekudusan, Syawal dengan kemeriahan dan Zulkaedah bersama Zulhijjah dengan Musim Haji. 29 Syawal (Ahad) minggu terakhir melengkapkan sambutan perayaan Syawal yang puncaknya ialah sambutan pada peringkat kawasan.
Walau bagaimanapun mulai dari pagi jemputan perayaan hari raya masih ada, lantaran itu, bermula dari jam 9.00 pagi ADUN bersama isteri mengunjungi Surau al-Naim, Bukit Mewah berhariraya dengan muslimin dan muslimat di Pekarangan surau tersebut.
Kemudian kami kembali ke Bangi menyertai perayaan bersama dengan penduduk di Bangi Valley, Seksyen 4. Penduduk membangkitkan tiga perkara, iaitu penaikan taraf `Medan Penyayang` sebagai tempat rekreasi bagi penduduk setempat, mengiktiraf nama `Bangi Valley` sebagai pengenalan rasmi tempat tersebut dan menggunakannya di dalam surat menyurat dan di dalam dokumen-dokumen. Permintaan yang lain ialah mewujudkan traffic light di Cabang Tiga jalan masuk ke Bangi Valley, kerana jalannya yang curam dan sering berlaku kemalangan. Jika tidak wajar diwujudkan traffic light, sewajarnya di buat garis kuning yang memperlahankan kenderaan.
ADUN berjanji untuk mengambil tindakan. Tetapi adalah lebih baik bagi persatuan penduduk di sini menulis surat rasmi sebagai bahan bukti permohonan dan memudahkan tindakan. Mengakhiri ziarah raya pada tengahari ialah berkunjung ke jemputan penduduk Bangi Perdana yang mengadakan jamuan raya di pekarangan Surau Bangi Perdana dan menyampaikan sedikit ucapan sebelum bertolak ke Masjid Sungai Ramal Dalam menyambut raya bertempat di medan terbuka di hadapan masjid tersebut.
Acara terakhir sebagai Perlepasan Syawal ialah berkunjung ke Masjid Batu Sepuluh, Cheras. Nazir masjid tersebut Tuan Haji Razali Hassan yang bersiap dengan persediaan raya sejak petang 30 Syawal menjemput Ahli Parlimen Hulu Langat YB Dr. Che Rusli Che Mat dan ADUN Bangi menyertai perayaan. Majlis diisi dengan ucapan dan doa selamat kepada para bakal haji dari kariah masjid tersebut semoga mereka mencapai haji mabrur serta selamat pergi dan pulang dan diikuti dengan jamuan.

No comments:
Post a Comment