October 1, 2009

Zulkefly Omar Calon Pakatan Rakyat

Teluk Kemang, Port Dickson, 10 Syawal = 29 September (Selasa)

Presiden PAS. YB Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah mengisytiharkan Haji Zulkefly Mohamad Omar (45) Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan calon PR dari Pas yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang. Penamaan calon akan diadakan pada 3 Oktober (Sabtu) nanti dan diikuti hari mengundi pada 11 Oktober (Ahad). Kerusi Bagan Pinang kosong berikut dari kematian Wakil Rakyat Bagan Pinang al-Marhum Sdr. Azman Mohd Nor.

Majlis perisytiharan dilakukan di Pekarangan Pejabat DAP di sini yang dihadiri ribuan penyokong terdiri dari pelbagai kaum. Zulkefly pemegang Ijazah Sarjana Sains dari UPM dan merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat adalah calon terbaik dari anak Negeri Sembilan. Beliau adalah 'champion' yang mengetuai bantahan pembinaan incinerator di Broga yang boleh membawa pencemaran alam sekitar dan kawasan tadahan air, sehingga kerajaan menarik balik rancangan dan kemenangan bagi penduduk dan Zulkefly. Hadir sama dalam majlis perisytiharan itu YB Encik Lim Kit Siang Penasihat DAP, YB Sdr. Azmin Ali Naib Presiden PKR yang mewakili Presidennya Datin Sri Wan Azizah, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS, Dr. Syed Husin Ali Timbalan PKR dan ramai lagi dari pemimpin-pemimpin PR. Sebelum pengisytiharan calon Sdr. Azmin berucap bagi pihak PKR, En. Lim Kit Siang bagi pihak DAP. Calon Haji Zulkefly berucap ringkas selepas diumumkan perisytiharan calon.

(ucapan oleh ; Haji Zulkefly Omar, Calon Pakatan Rakyat)


Sementara itu pada hari yang sama pada sebelah siangnya pihak UMNO-BN melalui Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan calon BN, iaitu Tan Sri Mohd Isa Samad Bekas Naib Presiden UMNO yang telah disabitkan kesalahan rasuah politik wang oleh Lembaga Tata Terbit UMNO sendiri dan pernah digantung dari UMNO. Difahamkan pemilihan Mohd Isa atas kehendak Datuk Sri Najib, Presiden UMNO, tanpa mempedulikan pendapat Tun Mahathir Mantan Perdana Menteri dan beberapa pemimpin UMNO agar menolak Mohd Isa.

No comments:

Post a Comment