5 Oktober 2009
Antara tuntutan penduduk , pemilik kedai, bank, sekolah, pejabat pos, petrol pam dan rayuan peniaga pasar malam. Melayani suara rakyat dan mengambil jalan terbaik untuk semua pihak yang terlibat adalah hasrat ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar turun padang menangani permasalahan yang timbul. Peniaga pasar malam di seksyen 16 memprotes arahan menutup sementara selama sebulan bermula bulan Oktober, Mereka berhujah sumber mata pencarian mereka akan terputus dengan arahan itu.Bagi pihak penganjur dan juga ahli majlis pula komited terhadap kebersihan dan penutupan sementara adalah wajar. Ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan menyeluruh dilakukan terutama pada saluran longkang yang telah lama terabai disamping menstruktur semula masalah kebersihan yang kerap ditimbulkan,
Walaupun pada peringkat awal suasana agak tegang bila segelintir peniaga berhujah terlalu mengikut perasaan namun keadaan terkawal. Tindakan menjemput beberapa orang wakil peniaga berbincang bersama YB ADUN Bangi, YDP MPKj, ahli majlis zon 23 akhirnya menemui kata putus diharap dapat memuaskan hati semua pihak. Antaranya:-
1. Arahan menutup sementara ditarik balik. Semua peniaga pasar malam boleh beroperasi seperti biasa.
2. Peniaga pasar malam berjanji akan mengadakan gotong royong secara besaran pada hari Rabu (07/10/09).
3. Peniagaan pasar malam hanya boleh dimulakan selepas pukul 4 petang supaya tidak menganggu urusan pihak bank, pejabat pos dan sekolah agama.
4. Sistem ketua pada setiap baris peniaga akan diwujudkan bagi menolong pemantauan agar tiada peniaga asing turut berniaga.
5. Sistem merit dilaksanakan . Jika peniaga melanggar peraturan yang dipersetujui maka mereka akan dihalang berniaga dalam satu jangka masa dan jika berterusan lesen mereka akan digantung.
6. Peniaga dilarang sama sekali membuang makanan kedalam longkang. Terutama sekali kepada peniaga ikan, ayam, makan bergoreng dan makanan bermasak.
7. Peniaga perlu dari masa kesemasa bergotong royong membersihkan kawasan dan terus komited dengan kebersihan kawasan sekitaran.
8. Perancangan dibuat untuk mewajibkan setiap peniaga memakai pakaian seragam.
9. Peniaga perlu meletakkan kenderaan mereka pada tempat tertentu.
10. Pihak pengurusan akan menyelaras lalu lintas dengan bantuan RELA
Para peniaga di kedai dan di medan selera S.16 tidak terkecuali. Tindakan sama akan diambil terhadap kebersihan. Gerai yang membuat sambungan haram dan kedai yang menutup terus longkang akan diambil tindakan.
Usaha terus dilakukan bagi menjadikan Bangi sebagai bandar yang kondusif untuk didiami walaupun kadang kala usaha itu diperlekehkan dan mendapat tentangan dari sesetengah pihak yang hanya mementingkan diri sendiri.

No comments:
Post a Comment