October 21, 2009

Anekdot : Berpuasa Untuk Menang!




(bersama pemenang)

Dalam pesta tanglung yang disambut pada satu malam di Pekan Bangi, diadakan peraduan cepat makan kuih bulan dan minum air botol pepsi. Seorang anak lelaki Cina yang sihat dan berbadan gempal amat gembira memenangi kedua-dua peraduan dengan mengalahkan peserta-peserta veteran dari berbagai kaum. Kegembiraan disertai sama oleh ibunya.

Selepas menerima kedua-dua hadiah anak itu ditanya,

``Macam mana boleh menang ?``

``Aku puasa``, jawabnya.

``Bila tadak makan ?``beliau ditanya lagi.

``Mulai pagi tadi !`` jawabnya.

``Minum ?``, ``Sikit-sikit !``, katanya menjawab soalan.

``So puasa bagus ?`` beliau ditanya lagi.

``Yalah, menang dua-dua !``..

``Mau puasa lagi untuk slim badan ?`` beliau ditanya lagi.

``Belum tau !`` jawabnya.

Ibunya turut sama ketawa kegembiraan

No comments:

Post a Comment