October 14, 2009

Menghadiri Jamuan Raya Di Lereng Damai

Lereng Damai, Taski Zainab, Seksyen 2, 24 Syawal = 13 Oktober (Selasa)

ADUN Bangi banyak tidak dapat menghadiri jemputan-jemputan sambutan Hariraya Idul Fitri, kerana berulang alik dan memberi tumpuan kepada pilihanraya kecil Bagan Pinang, Port Dickson, ini berikutan beberapa jemputan bertembung dengan agenda dan program yang lain. Di atas ketidakhadiran itu, ADUN memohon maaf.

Pada malam ini ADUN berkesempatan hadir ke Majlis jamuan Hariraya Idul Fitri yang diadakan oleh persatuan Penduduk Lereng Damai, Seksyen 2, selepas ke Surau Madani menziarah dan sembahyang jenazah Al-Marhum Dato` Dr. Ramli seorang Koporat dan juga Pensyarah UKM. Majlis sambutan diadakan secara santai dengan ucapan dari Pengerusi Persatuan Penduduk Ustaz Hashim, termasuk dari ADUN yang mengucapkan terima kasih di atas jemputan dan kemesraan penduduk. Majlis disulami dengan selawat dan cabutan bertuah. Turut hadir ialah YB Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat yang merupakan penduduk di kawasan perumahan Damai tersebut.

No comments:

Post a Comment