October 6, 2009

Menghadiri Jemputan Hariraya Idul Fitri Terawal

Bukit Mahkota, 8 Syawal = 27 September (Ahad):


Jemputan Hariraya antara terawal bagi ADUN selepas sunat syawal, ialah menghadiri, ke Rumah Terbuka Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa di rumahnya di Bukit Mahkota. Kehadiran kami awal waktu jemputan (2.00 petang) bersama dengan pengiring Sdr. Azizi dan Sdr. Abu Bakar. Selepas berhariraya selaku petugas-petugas dari Kawasan Serdang terus bertolak ke Port Dickson meninjau `Rumah Selangor` di Bandar Spring Hill bagi persiapan kempen bagi wakil-wakil dari kawasan-kawasan dari Selangor membantu calon PAS (calon masih belum diketahui) bagi pilihanraya kecil Bagan Pinang. Esoknya pasukan dari Serdang Selangor menyiapkan persiapan `Rumah Selangor berkenaan..


(gambar ; ADUN bersalaman dengan Timbalan Presiden)

a) Sebelumnya sebelah pagi menghadiri jemputan raya rumah Pak Kassim, Sungai Ramal Dalam, seorang veteran dan penyokong kuat PAS. Jemputan ialah bagi ahli-ahli kariah termasuk ADUN.

Gambar; rumah pak Kasim( berbaju biru)

No comments:

Post a Comment