October 26, 2009

Anekdot : Memang Bangi Hijau Lebih Mudah Menuju Hijau Sepenuhnya!


Pada 24 Julai 2009 Datuk Seri Najib Tun Razak berkunjung ke Bangi Merasmikan `Pusat Tenaga Hijau` di Seksyen 9 berdekatan Masjid Hijau (Masjid Hasanah) dan mengumumkan `Dasar Tenaga Hijau Negara`.
Seorang sahabat yang sama menyertai upacara perasmian bertanya,

``Mengapa dipilih Bangi ?`

``Kerana Bangi terkenal sebagai pusat penyelidikan ! Tenaga pakar banyak didapati dari universiti-universiti di sini !``, jawab sahabat.

``Betul``, kata seorang peserta jemputan yang mengikuti percakapan.

``Tapi mungkin ada sebab tambahan yang lain daripada itu``, kataku.

``Apa lagi sebabnya ?`` Tanya kawan yang berminat mendapat jawapan.

``Kerana Bangi Hijau !``, kataku.

``Dari tempat yang telah sedia hijau, lebih mudah bagi menggerakkan polisi menuju `Dasar Tenaga Hijau Negara Sepenuhnya`, sebagai hasrat Perdana Menteri di dalam ucapannya !``, tambahku.

``Oh begitu ke ?`` kata seorang yang menyertai percakapan dan mengerti konotasi hijau itu.

``Kalau begitu, kita mesti beramai-ramai dari sini kempen revolusi hijau ke seluruh Negara, jika itu menjadi hasrat Perdana Menteri !``, tambah kawan sambil tersenyum gembira.

``Memang kita sokong polisi menghijaukan seluruh Negara !`` jawab seorang kawan dengan penuh semangat dan diikuti ketawa lucu !

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rambutan Jahil !
Sepasang suami isteri sedang menikmati buah rambutan di meja makan selepas makan malam. Rambutan dihantar pekerja yang diupah memetiknya dari kebun pada petangnya.

Si suami bertanya isterinya ;

``Eh, rambutan ini bukan jenis gading yang di tepi pagar kebun tu ?``

``Bukan !, ini buah dari pokok di belakang tanah tu``, jawab isterinya.

``Tapi apa jenisnya ni ?``, ``Kurang lekangnya``, tambah suaminya.

``Anak sekolah ?`` Jawab isterinya.

``Eh, bukan``, tingkah suaminya, ``Anak sekolah lebih gebu isinya, lebih lekang dan manis dan kurang berair seperti rambutan ini`` tambah suaminya.

``So, rambutan jahil !`` hujah suaminya.

``Mana pula ada rambutan jahil`` jawab isterinya.

``Sebab dia bukan anak sekolah``, hujah suaminya.

Mereka berdua ketawa !. Isterinya kemudian menambah.

``Yang jahilnya kita, bukan rambutan``, membuat mereka terdiam.
-->

1 comment:

  1. Assalaamualaikum,
    Saya setuju revolusi hijau ini dilancarkan. Bukan nak tiru gelombang biru tetapi tumbuhan yang hijau adalah penting bagi membantu proses penyedutan oksijen oleh manusia. Oleh itu gerakkan kempen menghijaukan alam persekitaran kita.
    Kedua kubah-kubah masjid di Selangor kita hijaukan kembali.
    Dan yang terpenting sekali kita berusaha menaikkan bendera hijau didalam dada dan pemikiran semua masyarakat Malaysia InsyaAllah.
    Telah dibuat kajian di barat iaitu asal papan tanda kecemasan "keluar" berasal warna merah. Semasa kajian itu dijalankan warna merah memberikan kesan negatif kepada orang yang dalam kecemasan. Kemudian ditukar kepada warna hijau hingga sekarang. Di jalanraya papan tanda biru menunjukkan jalan terus tetapi apabila hendak menuju ke destinasi rehat dan lain-lain tempat yang menarik dibuat dalam warna hijau.

    ReplyDelete