October 19, 2009

Sambutan Raya Multirasial

Pangsapuri Mutiara Perdana, Kajang, 27 Syawal = 16 Oktober (Jumaat):


Pengerusi Perbadanan Pengurusan Pangsapuri En. Tony Chow dan Pengerusi Persatuan Penduduk En. Khalid Surend menjemput ADUN ke Majlis Jamuan Idul Fitri dan Deepavali yang diadakan di Ground Floor bangunan tersebut pada malam tarikh di atas. Sebelum jamuan, ADUN dijemput berucap berterima kasih di atas jemputan dan melahirkan kegembiraan semua penghuni berbagai kaum bekerjasama dan berada di dalam aman.


ADUN menyatakan kesediaan menerima sebarang masalah dan aduan sebagaimana menerima aduan kerosakan pangsapuri akibat ribut pada bulan Jun yang lepas. ADUN mengharapkan kerjasama dan hubungan baik akan berterusan. Sebelumnya En. Eric Lee Pengerusi Majlis jamuan menyampaikan ucapan diikuti oleh En. Khalid mengalu-ngalukan kehadiran ADUN. Majlis diserikan dengan cabutan bertuah.


Sementara itu pada keesokan harinya Sabtu 17 Oktober ADUN berkesempatan menyertai sambutan perayaan Idul Fitri di rumah pangsa Mutiara berdekatan Pangsapuri Perdana, bertempat di surau rumah pangsa berkenaan. Peruntukan yang disampaikan oleh ADUN sebelumnya digunakan untuk sambutan.

No comments:

Post a Comment