October 19, 2009

Kunjungan Meraikan Bakal Haji

Sabtu 28 Syawal = 17 Oktober:



ADUN ke Surau Cheras Perdana berjamaah Isyak dan meraikan bakal-bakal Haji seramai 8 kelamin dan menyampaikan sedikit kewangan dan cenderahati kepada mereka. Majlis jamuan raya dan meraikan mereka diadakan. Doa dipanjatkan memohon agar Haji mereka diterima sebagai Haji Mabrur dan selamat pergi serta selamat kembali ke tanah air.

Selepas itu ADUN segera menghadiri jamuan Idul Fitri di Surau al-Hidayah di Bukit Kajang Baru sebelum bertolak ke Dewan Serbaguna, Seri Kenari, Sungai Ramal Luar dan bermesra dengan pengunjung.

Pada sebelah siangnya ADUN menyertai sambutan Idul Fitri bermula dari sebelah paginya ke sambutan raya di Taman Seksyen 5/C al Ikhwan, kemudian ke Balairaya Kampung Bahagia Bangi dan seterusnya ke sambutan raya Surau al-Rahim, Seksyen 8 dan menziarah kematian di situ. Pada sebelah petang menghadiri raya dan aqiqah di Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.

No comments:

Post a Comment