October 7, 2009

Sambutan Pesta Tanglung Komuniti Cina Pekan Bangi

Pekan Bangi, 15 Syawal = 04 Oktober (Ahad)

ADUN Bangi menghadiri jemputan di atas yang diadakan di kawasan perumahan penduduk Cina di Pekan Bangi. Majlis anjuran Kelab Penyokong Pas Cina yang diketuai Pn. Jannet dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Kabinet Mini DUN Bangi yang diketuai Tuan Haji Rushdi. Majlis bermula dengan perarakan Pesta Tanglung dari kalangan anak-anak penduduk. ADUN Bangi diberi penghormatan menngucapkan terima kasih di atas jemputan dan mengharapkan masyarakat hidup bekerjasama dan aman. Semua kaum sekarang menyambut hari kebesaran dengan orang Melayu Raya Idul Fitri, orang Cina Pesta Tanglung dan orang India Deepavali dua minggu akan datang.

Turut hadir Sdr. Mazwan Ahli MPKj dan Haji Marzuki ahli JKKB. Selepas jamuan diadakan berbagai pertandingan seperti peraduan makan kuih bulan, menyalakan lilin, minum minuman dalam tin yang disertai semua kaum. Anak-anak dari kaum India juga mempersembahkan tarian. Penyampaian bantuan kepada faqir miskin dan duit raya kepada anak-anak juga dilakukan.

(Gambar ; juara makan 2 kali berturut-turut)

No comments:

Post a Comment