October 30, 2009

Kepentingan Komersil Loji Bertukar Tapak Perumahan

Seksyen 15, BBB, 10 Zulhijjah = 29 Oktober (Khamis):



Bandar Baru Bangi sebenarnya sudah kekurangan ruang untuk pembangunan perumahan. Tanah untuk bangunan di BBB berbaki kurang dari 300 ekar. Lantaran itu tanah loji memproses najis di Seksyan 15 yang seluas 42 ekar kini ditambak dijadikan tapak projek perumahan oleh Syarikat Esatek Sdn. Bhd. yang pejabatnya bertempat di 8-GF, Ground Floor, Jalan 15/1f di sini. Di atas tanah yang memuatkan sebanyak 397 buah rumah teres dua tingkat dan semi-D. Kini pembangunan sedang rancak berjalan. Walau bagaimana menurut En. Danny J.W.Cheah Group Executive Director, walaupun tapak berasal dari kawasan loji najis perumahan mendapat tempahan menggalakkan yang harga setiap unit antara RM200,000 hingga RM500,000.

Walaupun loji najis ini bertukar kepada kawasan perumahan, tidak bererti loji najis di sini dihapuskan sama sekali. Loji digantikan dengan yang lebih kecil yang memakan ruang seluas 7 ekar sahaja, tetapi berkemampuan memproses lebih tinggi dan dapat menampung keperluan 118,000 penduduk bahagian selatan BBB. Syarikat Esetik di atas adalah merupakan Joint Venture dengan PKNS pemilik tanah dengan peruntukan bagi loji sebanyak RM16 milion. Projek ini bermula pada tahun lepas (2008). Setelah projek siap, loji akan diserahkan kepada Indah Water pada Mac 2010.

Berikutan dari kewujudan loji memproses najis yang baru ini ADUN menerima aduan dari penduduk (En.Faizal Othman) pada 5.10.2009 kemungkinan pencemaran bau dan bunyi akan berlaku kepada penduduk berdekatan termasuk rumah beliau.

Satu pertemuan diatur dengan pihak pemaju dan pengadu dan pada hari ini ADUN dan pengiring-pengiring telah turun ke pejabat pemaju dan lokasi loji dan perumahan. ADUN telah diberi taklimat di pejabat dan dibawa ke lokasi loji yang lebih canggih dari segi operasi. Najis yang disalur ke loji awal diproses melalui 5 stages sebelum air bersih disalurkan ke Sungai Langat. Loji lebih bersifat tertutup, tidak sebagaimana sebelum ini bersifat terbuka. Operasi proses melalui penggunaan jenakuasa yang dirotate penggunaan.

Rumah pekerja pengawalan akan didirikan dan tugas pengawalan berjalan 24 jam. Penampang pokok-pokok hijau akan ditanam bagi menyerapkan bau. Walau bagaimana semasa lawatan ini bau najis yang diproses tetap terhidu, walaupun tidak terlampau kuat. Ini pada peringkat permulaan operasi, kemungkinan apabila beroperasi sepenuhnya mungkin akan bertambah bau atau kemungkinan akan berkurangan. ADUN meminta agar usaha berterusan dilakukan agar dapat dikurangkan pencemaran. Pemantauan akan terus dilakukan.

2 comments:

  1. Salam..saya salah seorang pembeli rumah tersebut.. diharapkan tiada masalah yg timbul teradap semua pembeli rumah kawasan tersebut....

    Riyas

    ReplyDelete
  2. Salam, saya juga salah seorang pembeli kawasan terbabit. Semasa ingin membeli sebuah unit disana, sales personnel Esatek kata mereka akan kambus keseluruhan kawasan dan loji dipindahkan ke tempat lain. Tetapi sekarang mereka kata loji tetap ada tetapi dikecilkan. Ini tidak adil. Kenapa tidak diberitahu awal2 lagi?

    ReplyDelete