Di dalam keletihan ini DBP sebagai institusi bahasa dan sastera mengambil tanggungjawab menjalankan kempen. Sewajarnya, kerana ialah tugas hakiki DBP, Kita dapati selepas penarikan (PPSMI) awal tahun ini baru ada keberanian DBP mengambil inisiatif menghidupkan kesedaran bahasa Melayu melalui kempen bulan Bahasa Kebangsaan (Oktober) dan pada hari ini diadakan Majlis Perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2009 tersebut, jam 2.30 petang bertempat di ODT, Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam. Pelancaran bagi Zon Tengah (Selangor) ini merupakan kali keempat selepas pelancaran di zon-zon lain dari bahagian Utara, Selangor.
Dapatlah dikatakan tindakan yang diambil lebih bersifat nostalgic, sedangkan ada pendekatan yang lebih prioritas seperti penampilan penggunaan bahasa Melayu di institusi-institusi pengajian tinggi, perlaksanaan bahasa Melayu di mahkamah, bidang perundangan, kempen menggalakkan penulisan ilmiah di dalam bahasa Melayu, memperbanyakkan buku di dalam berbagai bidang keilmuan dan penggunaan bahasa tersebut di dalam bidang komunikasi.
Majlis Perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan ini dilakukan oleh YAB Tan Sri Dato` Abdul Khalid Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor. Antara perkara yang disentuh oleh YAB, bahawa perjuangan dan perkembangan bahasa sejak 1960an hingga ke 1990an berada pada landasan yang betul. Menteri Pelajaran yang juga Bekas Timbalan Perdana Menteri pada masa itu (sengaja tidak disebut namanya) merangka pendekatan sebaik mungkin bagi perkembangan bahasa Melayu. Menurutnya bahasa Kebangsaan menjadi bahasa pengajian tinggi dan pelajar-pelajar pada peringkat Dr. Falsafah dihasilkan melalui bahasa Melayu. Bahasa tersebut digunakan di dalam bidang perundangan. Bagi memantapkan bahasa kerjasama serantau diantara
Malangnya menurut Tan Sri Khalid, semasa Negara di bawah tadbiran Perdana Menteri Dr. Mahathir perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang begitu rancak tergendala oleh polisi bahasa yang kembali melihat wibawa bahasa Inggeris diikuti dengan perlaksanaan PPSMI sejak 2002. Hanya desakan secara ilmiah dan diikuti dengan demonstrasi jalanan membuat Tan Sri Muhyiddin, Timbalan Perdana yang juga selaku Menteri Pelajaran menarik balik polisi PPSMI yang merencatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
Menurut Tan Sri Khalid, Kerajaan Selangor menyokong dasar bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan perkembangan. Beliau berharap segala urusan, pentadbiran dan komunikasi di negeri Selangor dijalankan dalam bahasa Kebangsaan dan ini dilakukan mulai Oktober kini bulan kempen penggunaan bahasa Kebangsaan.
Sesungguhnya komitmen penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang sedia tercatat di dalam perlembagaan bergantung kepada kesungguhan pihak kepimpinan. Kita mengharapkan pihak DBP tidak setakat bersifat nostalgic dengan membawa kembali pendekatan lama yang memang sesuai pada zamannya, tetapi hendaklah bersifat kreatif sesuai dengan keperluan semasa dan global.
Sebelum acara perasmian ucapan alu-aluan disampaikan oleh Y.Bhg. Tuan Rusli b. Abd.Ghani yang mewakili Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Turut hadir beberapa orang Exco negeri Selangor, iaitu YB Iskandar, YB Dr. Halimah dan YB Teresa Kok. Ruang ODT dipenuhi kira-kira 500 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
No comments:
Post a Comment