October 12, 2009

keputusan pilihanraya tidak mematahkan semangat

Port Dickson, 22 Syawal = 11 Oktober (Ahad):
(antara wang palsu RM100.00 yang diterima penduduk setempat daripada Umno-Bn)

(ahli penyokong Umno-Bn yang merusuh)

Keputusan pilihanraya kecil Bagan Pinang yang memihak kepada BN yang mencalonkan Tan Sri Isa Abdul Samad dengan majoriti 5,435 undi tidak mematahkan semangat pekerja-pekerja PAS dan rakan Pakatan Rakyat. Dari awal berlakunya kekosongan kerusi, jentera parti telah digerakkan dan pada hari penamaan calon kehadiran penyokong memenuhi ruang dan berikutnya pasukan demi pasukan pekerja parti tiba dari peringkat negeri dan kawasan, untuk membantu kempen pilihanraya di Bagan Pinang’. Kerja kuat berlaku sehingga masa penutupan pusat-pusat mengundi dan diiringi peti undi ke pusat perkiraan dengan doa dan harapan. ADUN Bangi merasa tidak senang duduk, kalau tidak ke Bagan Pinang, oleh sebab itu selepas penamaan calon hampir setiap hari turun ke Bagan Pinang membantu kempen.
(bersama AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu* dua dari kiri)

Memang kita mengetahui BN pemegang kerusi di Bagan Pinang, tetapi kita mengharapkan dengan latar politik Isa yang disabitkan dengan rasuah akan menjadi faktor rakyat memilih calon PR dari PAS Sdr. Zulkefly Mohamad bin Omar yang disifatkan sebagai bersih. Lawatan-lawatan kempen yang dibuat memberi harapan calon kita akan menang. Dari lawatan ke semua pusat mengundi yang ADUN lakukan dari Siliau, Bradwel, kedua-dua sekolah pusat mengundi di Si Rusa, Teluk Kemang dan Sua Betong kita masih mempunyai harapan untuk menang.

Tetapi kita menghadapi hakikat undi pos dari tentera tidak memihak kepada kita dan perubahan sokongan dari pengundi mengurangkan sokongan kepada kita. Perlu kita bermuhasabah kekurangan sokongan ini bukan dari faktor tempatan termasuk calon semata-mata, tetapi juga rakyat menilai dari segi kesepaduan kita pada peringkat tertinggi Pakatan, kekecohan pada peringkat negeri, kenyataan-kenyataan bercanggah dan kemampuan kita menjalanakan tugas yang diamanahkan selama ini. Penyokong setia tetap bersemangat terus bekerja, tetapi jangan biarkan keyakinan rakyat terhakis berterusan. Kalah menang biasa dalam perjuangan. Mereka menang buat sementara, tetapi atas percanggahan prinsip yang mereka mahu tegakkan, mereka tidak tenteram dari segi etika dan kemanusiaan

1 comment:

  1. Salam YB, muhasabah itu penting.. tlg baca post blog ni.. insya-Allah boleh membantu kite memuhasabahkan diri.. insya-Allah..

    http://saynotomunafiqeen.blogspot.com/2009/10/jangan-sampai-penyokong-ludah-dahi-dua.html

    wallah hu alam..

    ReplyDelete