Jubli Perak, 16 J. Awal = 30 Mei (Ahad):
Tahun 2009 telah kita katakan sebagai Tahun Gotong Royong Membersih Kawasan, kerana mulai dari awal tahun tersebut kita lancarakan Bangi Bersih. Berikutnya sepuluh siri Gotong Royong Perdana dianjur oleh Pejabat ADNS Bangi dan berpuluh-puluh gotong royong dianjur secara bersama atau oleh taman-taman dan penduduk setempat.
Walau bagaimana kempen kebersihan ini tidak terhenti dengan berakhirnya tahun 2009, kerana mulai awal 2010 (perbincangan sejak Ogos 2009) diperkenalkan Zon Bersih, secara kerjasama antara MPKj, Pejabat ADNS Bangi dan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi. Kempen Zon Bersih ini tertumpu pada Seksyen 16 dan Satu yang dianggap kotor. Beberapa siri kempen dan gotong royong dan pembersihan dilakukan secara besar-besaran. Kempen ini berterusan hingga akhir April 2010. Ketara zon Bersih berubah dan lebih bersih dan teratur. Terima kasih kepada semua yang berkenaan.
Sementara itu, walaupun tumpuan diberi kepada Zon Bersih, kempen kebersihan tetap diteruskan dan diperluaskan. Misalnya sejak awal tahun beberapa kempen kebersihan bagi mencegah denggi dilakukan seperti di Kajang Utama dan beberapa kawasan yang lain. Mutakhir kempen kebersihan mencegah denggi diadakan di Pangsapura Seksyen 3 pada 25 April, gotong royong di Seksyen 8/30 pada 22 & 23 Mei dan pada 23 Mei diadakan di Sungai Ramal Luar.
Mutakhir Kempen Kebersihan Mencegah Denggi hari ini kita adakan di Seksyen 4, Jubli Perak. Kawasan ini memang dianggap bermaalah dari segi kebersihan. Dari segi tanggungjawab kebersihan bangunan rumah-rumah pangsa di sini adalah di bawah PKNS, manakala kawasan adalah di bawah MPKj. Permasalahan banyak dari unit-unit rumah disewakan. Kutipan bulanan tidak dapat dipungut dengan sempurna. Pihak penyewa enggan membayar yuran, manakala tuan rumah tidak boleh dihubungi dan mengharapkan penyewa membayar yuran. Oleh kerana tiada pembayaran, maka khidmat pembersihan tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Untuk mengatasi keadaan tugas pemungutan dan pembersihan diserah kepada persatuan penduduk. Masalah yang sama berlaku. Manakala pembersihan dari segi kawasan ada semacam ketidakjelasan. Pihak PKNS mengatakan setengah kawasan di bawah MPKj dan pihak MPKj mengatakan di bawah PKNS, yang menjadi mangsa ialah kawasan dan perumahan tidak dibersih. Lalang dan semak tumbuh dan kebersihan bangunan tidak terjaga.
Kempen kebersihan hari ini dilakukan secara besar-besaran. Gotong royong hari ini dikenali dengan Gotong Royong Perdana. Pihak Pejabat ADNS Bangi, MPKj dan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Alam Flora dan dari Pejabat Kesihatan terlibat sama. Selain dari ADNS Bangi, turun bersama ialah Dr. Tajul Ariffin Noordin YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Encik Said Pengurus Alam Flora Tempatan dan Wakil dari MPKj dan Jabatan Kesihatan. Pihak Pejabat ADNS Bangi dan MPKj turut menyediakan peralatan. Sambutan dari penduduk amat menggalakaan. Beratus-ratus orang turun ke Padang permainan menyertai acara pelancaran. Ucapan disampaikan oleh Dr. Tajul Ariffin yang menyatakan Persatuan Penduduk senantiasa bekerjasama dan memberi komitman yang tinggi terhadap kebersihan, manakala ADNS Bangi menerangkan bahawa kempen kebersihan adalah lanjutan dari kempen kebersihan yang lepas dan memang kita mau tanamkan kesedaran tentang kebersihan dan beliau berharap `Bersih` menjadi budaya hidup dan menjadi amalan kehidupan di mana-mana berada dan bila-bila masa. Beliau berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil bahagian. Selepas upacara perasmian dilancarkan oleh ADNS Bangi dan makan pagi, taklimat dan pembahagian kepada kumpulan-kumpulan dilakukan dan Penduduk beramai-ramai membawa beg-beg yang disediakan memungut sampah-sampah di sekeliling perumahan, parit dan longkang, di hadapan dan di belakang bangunan, mnakala kenderaan MPKj mengangkut sampah keluar. Kerja bergotong royong ini berterusan dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari.
Sekian.

No comments:
Post a Comment