Masjid Al-Hasanah, 19 J. Akhir = 2 Jun (Rabu):
Malam tadi diadakan Mesyuarat Kedua selepas Mesyuarat Pertama di Pejabat ADNS Bangi pada Isnin 31 Mei. Mesyuarat malam ini bertujuan mendapat kerjasama dari pihak masjid-masjid dan surau-surau menyertai Perhimpunan Kemanusiaan Membantah Serangan Israel Ke Atas Kapal Mavi Marmara yang membawa misi Keamanan ke Ghazzah – Serangan pada pagi 30 Mei (Ahad). 19 ahli misi kemanusiaan terbunuh dan berpuluh-puluh luka.
Jemputan mendapat respon yang baik dari masjid-masjid dan surau-surau. Lebihkurang 30 orang wakil masjid dan surau hadir. Turut hadir ADNS Bangi, YDP Persatuan Penduduk, Dr. Tajul Ariffin Nordin, Wakil Masjid Al-Hasanah Imam Supaat bin Abdul Rahman dan Setiausaha Surau Tuan Haji Kamaruddin bin Yusof, Tuan Haji Razali Abbas Pengerusi Surau Al-Nur, AJK-AJK yang dilantik juga wakil Muslimat dan Nisa'.
Pihak ADNS Bangi berucap menerangkan latar peristiwa dan kewajaran kita menyertai sama kemarahan dunia terhadap keangkuhan dan kekejaman Israel yang tidak berperi kemanusiaan. Dr. Tajul turut sama dijemput berucap mngecam keganasan Israel.
Pertemuan dimaklumakn tentang tempat dan tarikh perhimpunan (Ahad 6 Jun, di Kompleks Sukan Seksyen 15, mulai 8.00 pagi) dan keizinan Polis telah didapati bagi berhimpun. Para hadirin diminta memberi cadangan, pembaikan dan sebagainya terhadap agenda yang dibuat.
Berikutnya Tuan Haji Abdul Aziz Bin Haji Abu Bakar yang dilantik selaku Pengarah Perhimpunan Kemanusiaan dan Tuan Haji Muhammad Husaini Bin Muhammad Mukhtar menyampaikan taklimat dan Peristiwa Penyerangan Terhadap Kapal Mavi Marmara – Freedom Flotilla secara tayangan multi media. Di dalam perbincangan dicadangkan antaranya, kalau boleh ada Penceramah Utama yang boleh menarik hadirin seperti Tuan Haji Muhammad Sabu. Dalam mesyuarat itu juga Tuan Haji Muhammad Sabu dihubungi dan bercakap dengan ADNS Bangi, kemungkinan beliau dapat hadir sebagai Penceramah Utama. Tuan Haji Muhammad Sabu memberi tempoh pagi ini (Khamis) untuk memberi jawapan. Pada tarikh tersebut beliau berada di Kemaman. Berbetulan esok beliau akan tempah tiket kapalterbang. Menurutnya beliau akan cuba menempah tiket kapal terbang dari Terengganu pagi itu ke Bangi dan kemudian pulang semula ke Terengganu. Insya Allah beliau dapat menyertai. Kita berharap target jumlah hadirin melebihi 3,000 orang atau lebih. (Maklumat terbaru: Tuan Haji Muhammad Sabu confirm dapat datang berceramah).
Cadangan juga agar dibuat teks Ikrar yang diserahkan kepada Saudara Shukur Atan untuk menyusunnya dan juga disediakan resolusi yang diminta AJK menyediakannya, bendera Israel juga diminta disediakan untuk dibakar simbolik sebagai kemarahan penduduk dunia. Tiap surau dan pasukan diminta menyediakan sepanduk dan kalau boleh berpakaian dengan identiti surau masing-masing, begitu juga pasukan-pasukan yang lain. Pemberita-pemberita juga diminta dijemput hadir. Semua pihak diminta war-warkan maklumat dan semua pihak dijemput hadir ke:
PERHIMPUNAN KEMANUSIAAN MEMBANTAH KEKEJAMAN ISRAEL
TARIKH: 6 JUN 2010 (Ahad)
JAM: 8.00 PAGI
TEMPAT: KOMPLEKS SUKAN, SEKSYEN 15, BANDAR BARU BANGI
TARIKH: 6 JUN 2010 (Ahad)
JAM: 8.00 PAGI
TEMPAT: KOMPLEKS SUKAN, SEKSYEN 15, BANDAR BARU BANGI
Sekian. Terima kasih,
No comments:
Post a Comment