June 22, 2010

Fun With English; Melatih Pelajar Berkomunikasi Dalam Kumpulan

Sungai Ramal Luar, 6 Rajab =19 Jun (Sabtu):


Jam 5.00 petang ADNS Bangi berada di Sekolah Rendah Agama Islam Rahmaniah, Sungai Ramal Baru bagi merasmikan Majlis Penutup Kursus Fun With English yang dianjurkan oleh PAKSI Educare Serdang dengan kerjasama Pejabat ADNS Bangi, dan JKKK Sungai Ramal Luar.


Majlis yang bermula dari pagi ini dirasmikan pembukaannya oleh Ketua Kampung Sungai Ramal Luar, Tuan Haji Mohd. Yusof bin Abd. Kadir dan diiringi oleh beberapa Ahli Jawatankuasa Kampung Sungai Ramal Luar.


Berucap sebagai menutup kursus ADNS Bangi menyatakan tahniah kepada semua yang terlibat dengan penganjuran kursus. Sesungguhnya di dalam mengisi waktu cuti sekolah pelbagai kegiatan yang dianjurkan antaranya oleh pihak PIBG, NGO, Persatuan Pelajar dan sebagainya. Berbagai tempat pula menjadi lokasi pemilihan. Ada yang memilih lokasi di taman-taman rekreasi, menyewa dewan-dewan dan menggunakan kemudahan yang sedia ada seperti di sekolah-sekolah. Apa yang dilakukan oleh PAKSI Educare Serdang adalah merupakan satu pendekatan yang bukan saja dapat mengisi masa lapang pelajar, tetapi memupuk semangat kerjasama secara berkumpulan di samping memahirkan pelajar-pelajar berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris. ADNS Bangi juga mengucapkan terima kasih kerana majlis ini tidak hanya disertai oleh pelajar-pelajar, tetapi juga disertai ibu bapa.


Terima kasih kepada pihak Sekolah yang membenarkan dewan digunakan untuk kegiatan hari ini. Sebelum menutup kursus ADNS menyampaikan hadiah-hadiah kepada pasukan yang menang dan yang mengambil bahagian. Beliau berharap pada masa hadapan kursus seumpama ini akan diadakan lagi untuk tahap yang lebih tinggi.


Dengan lafaz Bismillahi`-Rahmani`r-Rahim beliau merasmikan majlis penutup dan mendoakan kejayaan dan keselamatan untuk semua.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment