June 11, 2010

Ke Muktamar Di Kota Bharu

Ke Muktamar Di Kota Bharu

Setiba kami petang di perbatasan
Memasuki sempadan Kelantan
Bulan-bulan berkibar mengucap selamat datang
Wajah Tuan Guru senyum terpampang
Setelah malam melabuh senja
Di Kota Bharu tiba bermandi cahaya
Dengan bulan-bulan purnama di mana-mana
Esok bermula Muktamar Tahunan
Di Serambi Makkah terkenal gelaran
Berbondong ke sini pendukung setia
Dari seluruh pelusuk negara
Mereka datang untuk mendengar
Amanat Presiden yang padat
Tentang perjuangan
Tentang persediaan
Tentang pendekatan
Mengenai isu semasa
Mengenai kerjasama
Bertahaluf Siyasi
Berpolitik Islami
Tegak di negara tercinta
Secara hikmah dan bijaksana.

Shafie Abu Bakar,
Kota Bharu,
27 J. Akhir 1431
10 Jun 2010.

1 comment:

  1. selamat bermuktamar...kejayaan mengiringi perjuangan kita semua,insyaAllah...Takbirrrr!!!

    ReplyDelete