June 21, 2010

Cemburu ! Masjid Dibakar - Sedang Orang Berusaha Mendirikan Masjid-Surau

BBB, 01 Rajab = 14 Jun (Isnin):


Rasa ingin tahu berhubung dengan berita Masjid Jami' Al-Rahman di Kg. Limau Manis, Sepang dibakar seorang suami yang cemburu terhadap bekas isterinya yang akan kahwin dengan lelaki lain yang akan berakad nikah di Masjid berkenaan, membawa ADNS Bangi Pagi ini ke Kg, tersebut bersama dengan saudara Shahrum. Pada masa kami tiba ada tiga orang pegawai dari Jabatan Kerjaraya Sepang sedang membuat ukuran dan penilaian terhadap kerosakan dan kos yang perlu untuk dibaikpulih.


ADNS meninjau ke dalam dan diberitahu oleh seorang penduduk yang tinggal berdekatan, bahawa orang yang disyakki membakar, menggunakan helaian-helaian kertas, termasuk helaian Qur`an dilonggok dan membakar masjid pada malam selepas orang kembali dari sembahyang Isyak. Menurut penduduk itu ada yang menyaksi dia membawa macis, tetapi tidak dijangka bagi tujuan membakar. Bahagian tengah, bumbung, siling, kipas, aircond dan carpet rosak teruk.


Pada masa kami hadir ada khemah-khemah ditambah di belakang yang digunakan bagi sembahyang Jumaat dua hari lepas. Sesungguhnya kerja membakar ini dilakukan oleh orang yang tidak siuman. Kami diberitahu jiran masjid, orang membakar diketahui, tetapi hingga kami pergi, beliau tidak diketahui di mana.


Sementara itu pada 3 Jun 2010 bersamaan 20 Jamadil Akhir 1431 ADNS Bangi bersama-sama Ustaz Shafie Ngah Ahli MPKJ, En. Kusnin YDP Kawasan dan saudara Abu Bakar melawat ke Surau al-Taqwa, Taman Seri Langat bermula dengan bersembahyang Maghrib berjamaah, baca Yasin, Penyampaian sumbangan kepada pelajar dan sijil diikuti dengan dialog dengan jamaah dan pelajar-pelajar di Surau al-Taqwa berkenaan.

Surau al-Taqwa di Seri Langat ini telah digunakan sejak 30 tahun yang lepas oleh penduduk setempat. Surau ini juga menganjurkan Kelas Tahfiz sejak lebih sedekad yang lalu. Kini terdapat 10 orang pelajar yang dibimbing oleh tiga orang guru. Perbincangan mengenai beberapa perkara.


• Masa depan pengajian tahfiz yang menekankan tahfiz dan beberapa pelajaran agama (Bahasa Arab, tajwid dan akhlak)
• Memperbaiki kurikulum dan meningkatkan kualiti pengajaran
• Memperbaiki tempat tinggal pelajar yang agak daif
• Meningkatkan dana yang kini pelajar bayar yuran RM150/= sebulan dan hasil dari derma individu – Akan memohon bantuan dari JAIS.
• Memperbaiki dan melengkapkan surau.


Antara permasalahan dihadapi kawasan surau dan pengajian adalah tanah surau termasuk di bawah kawasan reserve sungai, tidak boleh dimohon sebagai milik tetap bagi surau/madrasah dan tidak boleh dibina bangunan tetap.


Di kawasan ini terdapat sebuah tapak direservekan untuk surau.
Setuju diambil tindakan segera bagi membaiki tempat tinggal pelajar yang agak uzur dan setuju menyediakan table tennis untuk ko-kurikulum pelajar dan bersetuju akan mengadakan gotong royong bagi membersihkan tapak surau yang semak. Kerjasama diminta dari Persatuan Penduduk dan MPKj.

Sekian.

No comments:

Post a Comment