Sg. Ramal, 06 Rajab = 20 Jun (Ahad):
Surau Raudah al-Hasanah dan Persatuan Penduduk Sungai Ramal Desa menganjurkan gotong royong besar-besar pada pagi ini dengan penyertaan dari pihak MPKj dan Bomba. Turun bersama ialah Encik Abdullatif bin Abdul Mannan Ketua Kg. Sungai Ramal Dalam, Tuan Haji Abdul Hamid YDP Persatuan Penduduk Sg. Ramal Desa, Tuan Haji Hasnan bin Haji Shukkah Pengerusi Surau Al-Raudah, Tuan Haji Ibrahim Imam Surau al-Raudah Ramal Desa, Tuan Haji Masri Imam Masjid al-Falah, Encik Sufian mewakili bomba dan kawan-kawan, En. Aligasan Wakil dari MPKj dan kawan-kawan dan penduduk-penduduk yang melebihi 150 orang.
ADNS Bangi yang dijemput menyertai gotong royong sejak dari pagi hanya dapat tiba jam 10.00 iaitu selepas menghadiri dua program yang lain sebelumnya. Setibanya, ADNS Bangi terus melawat kawasan dan kerja-kerja sedang rancak dijalankan. Pokok-pokok di tepian Desa Ramal sudah banyak dipotong oleh pekerja-pekerja MPKj, kelihatan dahan-dahan dan ranting pokok-pokok berlonggok-longgok dan lori sedang mengangkut keluar. Manakala pihak bomba membantu pekerja-pekerja membersih parit dan longkang dan membersih kawasan sekitar surau.
Selepas lawatan dibuat, tumpuan beralih kepada majlis ringkas bertempat di pekarangan Surau Al-Raudah. Tuan Haji Abdul Hamid berucap ringkas berterima kasih kepada semua, terutama pihak MPKj dan Bomba. Dengan kehadiran kedua-dua pihak berkenaan menjadikan gotong royong lebih sempurna dan kerja-kerja lebih meriah. Beliau juga berterima kasih kepada anak buahnya yang hampir kesemua turun bergotong royong pada pagi ini.
ADNS Bangi melahirkan kegembiraan melihat kesemuafakatan penduduk, lelaki, perempuan, kecil besar semuanya turun padang. Beliau juga berterima kasih kepada kedua-dua agensi kerajaan yang memberi kerjasama dengan penduduk. ADNS menambah usaha membersih kawasan memang patut diutamakan, bukan saja bagi kelihatan bersih, tetapi juga untuk mengelak dari denggi yang banyak berlaku termasuk di DNS Bangi. Beliau berharap kesedaran dari segi kebersihan hendaklah bersifat berterusan, bahkan sepatutnya menjadi budaya kehidupan. Menurutnya, apabila kita prihatin dengan kebersihan insya Allah kita sihat dan selamat. Kebersihan pada hari ini juga bersesuaian untuk menyambut kehadiran Ramadhan yang tak begitu lama lagi.
Selepas penyampaian cendera hati dan minum, beramai-ramai penduduk ke padang berhampiran surau. Di sini ADNS Bangi menyempurnakan acara pecah tanah bagi court badminton tambahan.
Sesungguhnya gotong royong mengeratkan hubungan ukhuwwah dan taman menjadi lebih indah.
Sekian.

No comments:
Post a Comment