June 8, 2010

Cabaran Menentang Zionisme Yahudi & Deklarasi Bangi

Bandar Baru Bangi, 23 J. Akhir = 06 Jun (Ahad):

Bahagian yang penting bagi perarakan dan Perhimpunan Kemanusiaan Ghazzah, ialah mendengar ucapan-ucapan. Ucapan dalam perhimpunan sedemikian tentulah diharap bersemangat dan berapi-api yang tentunya bersifat kecaman-kecaman terutama terhadap Zionis Yahudi yang membunuh 9 aktivis Misi Keamanan Ghazah dan menahan yang lain, sama ada di Kapal Mavi Marmara atau Rachel Cruise sebelum dilepaskan. Sememangnya pada pagi ini dijemput penceramah-penceramah dari berbagai-bagai parti politik, NGO, Wakil Surau-Masjid disamping penceramah Utama Tuan Haji Mohamad Sabu. Penceramah yang dijemput ialah Wakil dari DAP Saudari Y.B. Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, Wakil dari Cabang Keadilan Serdang Saudara Wan Abdul Aziz, Wakil dari Isma Ustaz Fauzi Hasmuni, Wakil dari Aman Palestin Saudara Nazri Osman dan Wakil Dari Surau-Masjid Saudara Shukor Atan. Wakil dari Umno tidak tampil ke hadapan, walaupun ruang disediakan. Penceramah dan pendengar sudah tahu tentang jahat dan kejamnya Zionisme Yahudi. Sejarah mencatat rentetan peristiwa berhubung dengan Yahudi. Banyak ayat Al-Qur`an menyebut tentang tipu khianat mereka. Rasulullah berdepan dengan pengkhianatan Yahudi di dalam menegak Islam semasa di Madinah. Adolp Hitler Dictator German berusaha menghapuskan Yahudi dari German kerana pengkhianatan mereka dan Amerika sebenarnya sebagai jaguh demokrasi, tidak dapat mempraktikkan pendemokrasian, kerana kuatnya pengaruh Yahudi di Amerika. Kenaikan Barack Obama sebagai Presiden Amerika, memberi harapan yang tinggi boleh membawa keadilan bukan saja pada Amerika, tetapi juga dunia, tetapi harapan meleset, selepas setahun penilaian mengecewakan, tidak ada perbezaan antara Obama dari presiden-presiden yang lain, khususnya dari segi dasar luar negaranya. Sdr. Mohamad Sabu yang membawa bersamanya buku American Lobby menyebut, mana-mana ahli politik America yang berhasrat menjadi Presiden perlu mendapat restu dari Kumpulan Lobby Yahudi yang menguasai ekonomi dan mendapat bantuan ekonomi dari mereka. Dengan kenaikan melalui restu mereka, segala hasrat dan kehendak mereka perlu diikuti bahkan dipatuhi. Keterlibatan America dengan Israel sejak dari awal, bahkan sebagai penaja bersama dengan kuasa-kuasa barat seperti England dan Perancis. Bahkan dikatakan:

"eleven minutes after Israel announced its independence in 1948, Presiden Harry Trumen recognized the new state, and American support has been crucial to Israel's survival and a cornerstone of U.S.foreign policy ever since" (Newsweek, February 22, 2010: 28).
Kuasa ekonomi Israel bukan saja di America, bahkan di Barat, sebab itu apa saja polisi Israel disokong oleh America dan Barat, bahkan kezaliman yang dilakukan oleh Israel mendapat lindungan dari America dan Barat. Mereka membela Israel berhubung dengan kekejaman dan pembunuhan, contoh tragedi di Shabra dan Shatilla. Mereka mendiam diri berhubung dengan pembunuhan pemimpin Hamas seperti Ahmad Yasin dan Rantisi, bahkan mereka mampu mempengaruhi PBB. Pendek kata penentangan terhadap Israel, bukan saja terhadap Israel di bumi Palestin, tetapi juga kekuasaan mereka di Amerka dan di Barat.


Ini tidak bererti kita mesti berundur dari penentangan, tetapi mengingatkan cabaran besar mendepani misi kemanusiaan. Dengan kefahaman ini misi kemanusiaan perlu bergerak secara bijaksana, berstrategik dan tidak menjadikan keterlibatan dengan Misi Kemanusiaan Ghazzah sebagai menghangatkan semangat dan medan mencari populariti semasa semata-mata.

Pada permulaan majlis Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar selaku Tuan Rumah mengucap terima kasih kepada penceramah-peceramah yang mewakili badan politik, cawangan-cawangan, NGO-NGO dan Masjid-Surau. Beliau turut mengecam tindakan ganas Israel membunuh 9 aktivis di kapal Mavi Marmara dan penahanan yang lain termasuk di kapal Rechal Cruise. Beliau kemudian membaca 2 buah puisi iaitu Viva Palestina & Puisi Freedom Flotilla Menyaksi Kejamnya Zionisme.


Saudari Y.B. Teo sebagai ahli undang-undang, mencadangkan agar kezaliman Zionis Israil yang membunuh 9 aktivis misi kemanusiaan diambil tindakan undang-undang hingga pada peringkat antarabangsa. Cadangan ini adalah praktikal dan tindakan membawa kes ini ke peringkat antarabangsa hendaklah dilakukan oleh NGO yang memperjuangkan kemanusiaan atau lebih kuat lagi jika pihak Negara mengambil tindakan, termasuk tindakan undang-undang terhadap penahanan rakyat Malaysia di kapal Mavi Marmara dan Rachel Cruise.

Saudara Wan Abdul Aziz menuduh pihak Kerajaan Malaysia, hanya mengambil kesempatan dari isu untuk mendapat sokongan rakyat, tetapi tetap bersifat hipokrit dengan terus mempertahankan UPKO dan kepentingan Yahudi di Negara ini. Kalau kerajaan benar-benar serius ianya hendaklah mengambil tindakan tegas dengan memutuskan hubungan dan kepentingan Yahudi di Negara ini.

Saudara Fauzi Hasmuni dari Isma melihat, tidak ada jalan lain bagi mengembalikan kedaulatan Palestin kepada Islam, melainkan dengan jihad. Sejarah akan berulang dan Insya Allah ,jika Palestin (Baitul Maqdis) telah dibuka oleh Omar al-Khattab dan pernah dikuasai oleh Salahuddin al-Ayyubi, maka tidak mustahil sejarah akan berulang, Palestin akan dikuasai dan Yahudi dikeluarkan dari Palestin.

Manakala Saudara Nazri dari Aman Palestin, mengharapkan akan bangkit kembali Negara Islam. Beliau optimis melihat Turki yang makin kukuh dengan Islam mampu bangkit mengembalikan maruah Islam dan memerdekakan Palestin dari cengkaman Yahudi. Manakala Saudara Shukor Atan yang mewakili Masjid-Surau mau semua pihak tidak bersifat hipokrit, tetapi hendaklah berjihad dengan jiwa raga dan harta benda bagi membantu Ghazzah, di samping terus mengadakan solat hajat dan doa untuk keselamatan penduduk Ghazzah. Beliau memetik firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah, Dia Menolong kamu dan Dia mengukuhkan pendirian kamu." (Muhammad: 7).

Pendeknya cabaran amat besar. Sedang untuk menyampaikan misi kemanusiaan, mendapat halangan dan ada yang terkorban nyawa – insya Allah syahid, lebih besar lagi tuntutan jihad yang perlu dihadapi di masa hadapan secara sistematik dan berstrtegik.

Pada akhir perarakan, perhimpunan dan berceramah yang berselang seli dengan takbir dan ungkapan-ungkapan semangat saudara Abdul Aziz Abu Bakar selaku Pengarah Perhimpunan Misi Kemanusiaan Ghazzah membaca Deklarasi:

DEKLARASI BANGI

"Kami warga Bangi mengutuk sekeras-kerasnya atas kebiadapan Zionis Israel menyerang dan membunuh aktivis Misi Keamanan Ke atas Ghazzah".

Kami menuntut:
  1. Membebaskan Ghazzah dari kepungan Israel sepenuhnya
  2. Tidak menyekat Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Atas Ghazzah
  3. Menuntut Mesir membuka sempadan Rafah untuk memudahkan kemasukan bantuan Misi Kemanusiaan.
  4. Mengecam Amerika Syarikat dan Sekutunya yang sentiasa membela dan mmempertahankan kebiadapan Israel
  5. Mendesak PBB mengadakan sekatan dan tekanan terhadap Israel
  6. Mendesak Kerajaan Malaysia tidak mengadakan sebarang hubungan secara rasmi atau tidak rasmi dengan Negara Haram Israel dan menamatkan segala urusan dengannya.
  7. Menyokong sepenuhnya sebarang Misi Kemanusiaan membantu rakyat Palestin yang tertindas.
  8. Menggesa Negara-negara Arab tampil membela nasib rakyat Palestin yang tertekan lebih 62 tahun.
  9. Menggesa Negara-negara OIC membela dan lebih pro-aktif terhadap isu-isu Palestin
  10. Mewujudkan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan diiktiraf dunia.
Sekian. Terima kasih.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar dan sekalian warga,

    http://syukran.wordpress.com/2010/06/08/pas-mahu-kerajaan-tambah-12-ketetapan-lagi-berhubung-usul-kutuk-israel/

    Di samping merujuk kepada kenyataan Ustaz Idris Ahmad di atas, kerajaan Persekutuan wajib juga mengembalikan hak-hak royalti minyak kepada kerajaan-kerajaan negeri Kelantan dan Trengganu serta melaksanakan cetusan pendapat Dato' Mahfuz Omar dalam edisi Harakah terbaru.
    Wassalam.
    Hakimi bin Abdul Jabar,
    Batu Pahat, Johor.

    ReplyDelete